Tuesday, March 22, 2005
Maha Suci Allah Yg Menciptakan
+ asma'hatta @ 12:43 PM
0 comments
_____________
afiqah yg comel..tenang hati tgk muka dia..btolla kata org..tgk muka baby akan sejuk hati..sbb derg xbyk dosa..leh amik iktibar supaya kita sentiasa bertaubat..n org pon sedap memandang muka kita..hehe
+ asma'hatta @ 12:20 PM
0 comments
_____________
Friday, March 18, 2005
Happy Birthday Amirah!!
19 march 1997..Amirah lahir..xtau la plak kol bape..nama Amirah tu saye yg kasi..hehe..saje nak semua adik beradik girls start huruf A..heh..anyway..now ni Amirah dah 8tahun..tp kat skolah mirah dah tahun3..mirah ni sgt mature..hehe..berdedikasi menjadi kakak kpd hakim kat sekolah..smpaikan saye nak beli mainan utk dia pon xnak..sbb dia kata dia dah besar..dah jadi kakak..heheh..dia nak baju2 je..heh..baiklah mirah..adik dah beli dah baju utk mirah..baju princess..hehe..nnti balik rumah kita gi shopping tudung plak yer..hehe..ok..selamat hari lahir yang ke 8 utk Amirah Mohd Hatta..jgn nakal2 ye..
+ asma'hatta @ 11:44 PM
0 comments
_____________
Hakim yg comel
PIC00250
Originally uploaded by Asma' Hatta.hehe..1st time letak gamba kat blog ni..sbb nye..smlm call mak..mak ckp hakim dpt nombor 1 dlm kelas..hehe..bijak..bijak..konon2 comella tu..hehe..hakim ni slalu malas nak ckp ngan adik tau kalau adik call umah..sabar je la..huhu..bile ckp kejap je..mesti akim ckp dah penat..haish..sabar je..akim ni pandai lukis..suka lukis robot2..dinosour dan macam2 lagi..tp jgn suruh dia lukis muka org..nnti jd cam muka monyet..huhuhu..to hakim..(tau akim xbaca blog nih..tp nak tulis gak..heh)..belajar rajin2..jgn gaduh2 ngan mirah..kalau adik call..rajin2 la ckp ngan adik ye..huhu..nnti adik balik..adik bawak balik mainan utk akim ok..(tp aritu igt nak beli hotwheel..skali baca kotak dia..dia tulis made in malaysia..ceh btol..)..hehe..ok..tu je sesi mempromote adikku ni..abdul hakim mohd hatta..hehe
+ asma'hatta @ 2:56 AM
0 comments
_____________
Beramal kerana Allah
masa kecik2 slalu dgr nasyid nih..tp xingat sgt dah lirik dia..sekali terjumpa plak balik..besh2..siap ada ringtone nasyid ni lagi..hehe..papepon..mari kita hayati..n ambil lah isi2 penting dari nasyid ni ye..
Marilah beramal
beramal kerana Allah
Beramal kerana.. Allahu Akbar
Beramal kerana Allah
pemuda melangkah gagah
menjana kuasa rakyat
bersiap menghadapi cabaran
semarakkan semangat perjuangan
usahlah kita terus terleka
menegak kemaa'rufan
menentang kemungkaran
Allah pasti bersama
bentukkan ukhuwwah hidupkan jamaah
susunlah barisan usahlah terleka
bersatu teguh mara bersama
moga islamkan subur
Kerahkan tenaga jua fikiranmu
korbankan harta sekalipun jiwamu
menentang musuh Allah
laungkan takbir
Allahu Akbar
Bersatulah kita bergerak melangkah
tegakkan islam agama yang tercinta
ayuh kita julang kembali
islam pasti gemilang...
+ asma'hatta @ 2:15 AM
0 comments
_____________
Friday, March 11, 2005
Happy Day!! hehe
Pagi tadi dpt parcel from Malaysia..yeay!!thanks to (u know who)..hehe..byk sgt hadiah dpt..thx for the cd (bes jugak lagu2 indon ni ek..haha)..thx for the very lovely purple watch(suke sgt2!!hehe..thx!!)..and thx for the other things as well..xleh nak list semua..ehe..wah2..senyum smpai ke telinga asma' arinih..hehe..happy2!!hihi..dah2..dia kata dia suka lagu kat bawah nih..bes jugak la..1st time dgr tadi..so sy letakla lirik lagu tu..lagha..lagha..admit it..huhu..erm..again..thanks bebanyak yer..study elok2..=)
Mungkin NantiSaatnya ku berkata mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi
Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini
Dan bila hatimu termenung bangun dari mimpi2mu
Membuka hatimu yang dulu cerita saat bersamaku
Tak usah kau tanyakan lagi simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari semua rasa yang kau beri
terimakasihterimakasihterimakasihterimakasihterimakasihterimakasihterimakasihterimakasih
+ asma'hatta @ 5:54 PM
0 comments
_____________
Sunday, March 06, 2005
Solat Dhuha..
Assalamualaikum..just got an email from a friend of mine..and i think it is worth sharing it with u guys..*credits to balqis*
WAKTU DHUHA
Waktu selepas naik matahari sehingga Zohor dinamakan waktu Dhuha. Waktu itu disunatkan bersolat sekurang-kurangnya dua atau empat rakaat solat sunat dhuha.
Waktu Dhuha amat panjang. Ertinya di celah-celah bekerja bagi orang Mukmin, ia sempat untuk melakukan solat sunat dhuha. Kebiasaannya org hari ini mengisi waktu rehat pagi dengan makan dan minum selama setengah jam. Orang Mukmin elok mengisi waktu itu dgn bersolat Dhuha. Tak lama pun...5 atau 10 minit sahaja. Selepas itu kalau nak minum ringan pun ada masa lagik.
Banyak kelebihan dan fadhilat solat sunat Dhuha. Menurut sebuah hadis riwayat Imam At-Tirmizi dan Ahmad dari Abu Hurairah bahawa siapa yang isitiqamah bersolat sunat dhuha, maka dosanya akan diampuni Allah walau pun sebyk buih di lautan. Dalam hadis lain disebut bahawa solat sunat Dhuha membebaskan seseorang itu dari api neraka.
Dalam hadis riwayat Imam Muslim pula menyebut bahawa Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Setiap org mempunyai hak terhadap seluruh sendi pada dirinya agar dibayarnya sedekah. Setiap ucapan tasbih (Subhanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) adalah sedekah dan setiap amar makruf adalah sedekah. Walau bagaimanapun semua pahala tersebut terkumpul di dalam solat dhuha. Memadai jika mendirikan solat sunat dhuha dua rakaat, menyamai semua pahala itu. "
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan lagi hadis dari Abu Hurairah, katanya :
"Nabi s.a.w. berpesan kepada aku agar melakukan tiga perkara dan jangan ditinggalkan;
1. Berpuasa sunat tiga hari dalam sebulan
2. Bersolat sunat dhuha
3. Bersolat sunat witir sebelum tidur
Demikian di antara kelebihan mengisi waktu dhuha dengan solat sunat dhuha. Bagi org mukmin, ia akan mengisi jadual hidupnya dgn solat sunat dhuha drpd mengisi perut dgn "tea break"..
wallahu'alam...
" Manusia yang mengejar cinta selain cinta ALLAH, umpama mengejar fatamorgana di waktu terik, jiwanya lemah, akalnya lesu, ibadahnya tawar, jihadnya pudar... "
+ asma'hatta @ 9:33 PM
0 comments
_____________
Thursday, March 03, 2005
SURUHANJAYA ANTARA AGAMA (IRC)
Assalamualaikum..di sini sy ingin kongsikan bersama sebuah artikel yg dipetik dari web harakahdaily tentang penubuhan IRC di Malaysia..isu ini rasanya isu baru dan masih hangat di Malaysia..dan rasanya perlulah menjadi perhatian semua muslim akan natijah dan bahayanya penubuhan IRC ini bukan sahaja kpd umat islam di Malaysia malah kpd usaha2 menegakkan agama Allah di muka bumi ini.
Penubuhan IRC cabar kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan NegaraMonday, February 28 @ 11:06:32 MYT
Oleh Ahmad Tarmizi Sulaiman
Institut Penyelidikan dan Pengembangan Syariah Malaysia (ISRA) dan Persatuan Ulama’ Kedah (PUK) dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) membantah keras usaha yang dijalan oleh Majlis Peguam Malaysia yang menggesa pihak kerajaan Malaysia agar menubuhkan sebuah Suruhanjaya Antara Agama (Inter-Religious Commission atau IRC) yang berbentuk sebuah badan berkanun di bawah akta Parlimen dan dibiayai oleh tabungan awam. Kami amat bersetuju dengan ketegasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md Zain menolak cadangan penubuhan IRC kerana ia secara jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan pihak yang berusaha menubuhkan jawatankuasa ini cuba untuk mencampuri hal ehwal agama Islam yang jelas pihak ini tidak layak untuk bercakap mengenainya.
Kami berpendapat bahawa pihak ini cuba untuk merosakan kedudukan yang tertinggi berkaitan agama rasmi persekutuan yang dinyatakan didalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Agama Islam. Pihak ini sedang berselindung dalam penubuhan jawatankuasa ini dengan tujuan mereka untuk meletakan agama-agama lain juga berada peringkat tertinggi dalam perlembagaan Persekutuan seperti mana agama Islam.
Justeru, Kami juga membantah kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kesenian, Kebudayan dan Warisan , Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meminta semua pihak bersikap terbuka dalam penubuhan jawatankuasa ini.
Kami mempersoalkan pernyataan ini kerana ia mengambarkan bahawa beliau mahu umat Islam menerima campurtangan pihak lain dalam hal ehwal agama Islam atas sifat tolak ansur dan demokrasi yang diamalkan dalam negara ini.
Kami menegaskan bahawa penubuhan IRC bukan atas sifat tolak ansur untuk perpaduan sesama Agama atau pun berlandaskan demokrasi tetapi adalah usaha tidak ikhlas pihak tertentu untuk mencampuri hal ehwal agama Islam terutama berkaitan pelaksaaan undang-undang Syriah didalam negara ini.
Hal ini adalah amat berbahaya kepada hak kebebasan beragama dan kedudukan agama Islam sebagi agama tertinggi dan agama rasmi negara. Tindakan untuk menubuhkan IRC adalah usaha untuk mencabar kedudukan Agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kami menegaskan bahawa usaha untuk mewujudkan keharmonian didalam kebebasan beragama di negara ini turut tercabar jika penubuhan IRC ini menjadi kenyataan. Adalah tidak benar jika meyatakan bahawa penubuhan IRC ini akan mewujudkan keharmonian antara agama kerana ia sudah jelas menyinggung perasan dan sensitiviti umat Islam di negara ini.
Sikap kami untuk membantah usaha penubuhan IRC ini adalah berasaskan pertimbangan berikut:
i.Bahawa IRC yang dicadangkan ini akan banyak mencampuri isu-isu dalaman agama-agama khususnya agama Islam. Kami menyatakan bahawa isu-isu sensitif seumpama ini tidak sewajarnya ditangani dan didebatkan secara terbuka dan bebas oleh pihak-pihak yang tidak layak. Ia akan mengganggu sensitiviti penganut-penganut agama terbabit dan akhirnya lebih menjejaskan keharmonian antara agama di negara ini.
ii. Persoalan keharmonian antara agama dan isu-isu yang berkaitan dengannya adalah isu-isu yang perlu ditangani dari perspektif ilmu , wacana dan pendekatan agama. Tetapi di sebalik penubuhan IRC, Kami melihat ada kecenderungan dan asas untuk menanganinya dengan pendekatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia semata-mata. Mekanisme ini adalah pendekatan yang ‘undur ke belakang’ untuk mewujudakn keharmonian agama.
iii. Kami yakin bahawa agenda keharmonian antara agama tidak sesuai dan tidak wajar ditangani oleh sebuah suruhanjaya berkanun. Persoalan agama Islam tidak boleh dibincangkan dalam suruhanjaya berkanun sepertimana persoalan hal asasi manusia atau persoalan-persoalan lain.
Perbincangan hal ehwal agama Islam adalah hak golongan yang mempunyi kepakaran, disiplin keilmuan dan keikhlasan kepada agamanya. Keharmonian antara agama hanya akan dapat dipraktis apabila semua agama menghormati hak agama lain dan tidak cuba mengganggu prinsip-prinsip agama masing-masing.
Disediakan bersama
Institut Penyelidikan dan Pengembangan Syariah Malaysia (ISRA)
Syeikh Haji Abu Bakar Awang Yang Dipertua Persatuan Ulama’ Kedah (PUK)
Haji Mohd Azmi bin Abdul Hamid Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).Herm..penubuhan IRC ini adalah hasil perancangan antara majlis perundingan agama-agama bukan Islam (MCCBCHS) dengan Majlis Peguam..dan antara fungsi utama IRC nanti ialah mengadakan satu mekanisme untuk menyelesaikan masalah antara agama, misalnya hak orang Islam untuk riddah..astaghfirullah..semakin pelik dunia skrg..bagaimana org bukan islam akan menyelesaikan masalah yg berkaitan dgn agama islam??apakah ada hak bg org islam utk keluar dari Islam?bg sy..hal yg berkaitan dgn ajaran islam memang tetap dan tidak boleh diubah dan dicampur adukkan dgn hal2 dan kepentingan duniawi..mengapa mereka ingin campur tangan dlm perkara2 yg tidak ada kaitan dgn mereka??..Allah berfirman dgn maksudnya
"Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku" AlKafirun:6 ..jelas di sini bahawa mereka tiada hak utk mempertikaikan ajaran agama kita dan umat islam juga tidak boleh berkompromi dgn org kafir ttg perkara2 yg berkaitan dgn ajaran islam..kita mestilah tegas dan berpegang teguh dgn ajaran yg telah Allah tetapkan..perkara2 sebegini amat perlu diberi perhatian oleh seluruh umat islam amnya dan diri kita sendiri khasnya kerana jika isu2 sensitif ini dipandang ringan oleh kita..tidak mustahil penindasan terhadap umat islam khususnya di Malaysia akan berlaku..nauzubillah..kesedaran ttg pentingnya menegakkan agama Allah di muka bumi ini perlu wujud dlm diri setiap individu muslim dah bukan hanya kita sandarkan kpd ulama'2..imam2..ustaz2..atau individu2 tertentu shj..siapa lagi yg akan meneruskan kerja2 Rasulullah SAW dlm menyebarkan dakwah islamiyyah..kalau bukan kita sendiri..umat kesayangan Baginda..wallahua'lam.
+ asma'hatta @ 4:08 PM
0 comments
_____________