<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8899913\x26blogName\x3dA+Piece+Of+My+Life..\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://taynet.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://taynet.blogspot.com/\x26vt\x3d-5176397620922292808', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, June 22, 2006

Pulang ke tanah air..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..dah 10 hari sy tiba di tanah air tercinta dan pulang ke pangkuan keluarga yg dirindui..mula2 risau juga tiada siapa yg dtg menjemput di airport kerana emak berada di Labuan dan ayah agak busy..awal2 lagi mak dah pesan sediakan RM86 utk tambang teksi..hehhe..tapi alhamdulillah..keluar saja dari balai ketibaan tu, ternampak ayah sedang setia menanti =) walaupun sepatutnya ada meeting with SUHAKAM, tapi ayah dtg juga..ucapan terima kasih sahaja yg mampu sy beri..=)

resepi Malaysia..

Malaysia..herm..tetap seperti dahulu..tidak byk berubah..kali ini sy tidak se'culture shock' spt dahulu..mungkin sudah bersedia dan berpengalaman setelah 2 kali pulang sebelum ini..namun sy pasti, peringatan sy kepada diri sendiri dan adik2 bahawa mereka perlu get ready utk culture shock bila pulang ke Malaysia ada benarnya..

hitam + putih..

Setiap kali sebelum pulang ke Msia, perlu ada preparation..perlu bersedia utk menghadapi medan perjuangan yg sebenar..pelbagai jenis ujian dan dugaan di depan mata..samada ujian di dlm diri sendiri..(malas..lesu..etc) mahupun ujian luaran terutamanya realiti pemikiran rakyat skrg yg ditanam dgn pelbagai jenis lagi hiburan yg melalaikan..bukannya semua ini tiada di Ireland..ada..tp jika di Ireland, mungkin mudah utk bezakan hitam dan putih..halal dan haram..ini mungkin kerana kita lebih berhati2 di negara orang..fiqh minority kita pelajari dgn teliti..list food halal/haram diusung kemana2..cukup berhati2..tapi di tanah air sedikit berbeza..apabila melihatkan org2 islam melakukan apa yg kita pasti hitam..ia mungkin menjadikan persepsi kita pada yg hitam itu berubah..hitam itu mula menjadi kelabu..dan semakin sukar membezakan yg hitam tadi dgn yg putih..kerana kedua2nya telah dicampur dan telah diserasikan..tidak nampak beza dan salahnya..dan dlm keadaan ini..hanya ilmu dan iman yg mampu membezakan kembali warna kelabu itu tadi ke warna asalnya..sama ada hitam atau putih..

Ibn Masud berkata (maksudnya) : "Binasalah orang yang tidak mengenali dengan hatinya yang mana makruf dan yang mana munkar"

gaul hingga sebati..

Realitinya kini..yg batil diselangselikan dan ditempek2kan dgn yg haq..agar semuanya kelihatan 'suci' dan 'murni'..semua kelihatan 'islamik'..bila Akademi Fantasia muncul..Akademi Al Quran pun muncul juga..diadakan Musabaqah AlQuran..diadakan juga rancangan Mentor..konsert Jom Heboh ada..Forum Perdana Ehwal Islam pon ada.. (dan bolehlah dijaja negara kita ini negara islam..)..semua bercampur aduk..semua dicampakkan sekali utk kita..dan kesannya? umat islam hari ini semakin kabur dan semakin sukar membezakan yg mana makruf dan yg mana munkar..semua kelihatan seolah2 putih dan bersih..

hasilnya susu basi..

Inilah akibat tiadanya proses 'inqilab' iaitu proses di mana islam itu ditegakkan atas keruntuhan jahiliyah bukan ditegakkan islam itu dahulu baru diruntuhkan jahiliyah bahkan tidak ditegakkan kedua2nya bersama2..tidak mungkin islam yg suci itu kekal suci jika dicampur adukkan dgn sesuatu yg kotor..jika satu gelas berisi susu yg sudah basi..perlulah dibuang susu basi itu dahulu, dibersihkan gelas tersebut dan barulah diisi dgn susu yg segar..jika dicampurkan susu yg segar dgn susu yg basi..ia masih tidak boleh diminum dan masih dikira kotor..maka proses membuang susu basi itu amat penting..jadi..jgnlah kita masih bersenang-lenang dan bersuka-ria skrg ini kerana susu basi itu masih belum dibuang..gelas itu masih lagi kotor..dan ramai yg telah dirrhoea kerananya..

selingan : dulu bila xpuas hati ngn sy hakim akan tanye.."ha..apalagi??"..sekarang soalannya dah jadi.."ha..apabila?bilamana?manakala?kaler apa?"..huhu..adikku..



+ asma'hatta @ 8:55 PM 2 comments

_____________

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com