<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8899913?origin\x3dhttp://taynet.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, March 03, 2005

SURUHANJAYA ANTARA AGAMA (IRC)

Assalamualaikum..di sini sy ingin kongsikan bersama sebuah artikel yg dipetik dari web harakahdaily tentang penubuhan IRC di Malaysia..isu ini rasanya isu baru dan masih hangat di Malaysia..dan rasanya perlulah menjadi perhatian semua muslim akan natijah dan bahayanya penubuhan IRC ini bukan sahaja kpd umat islam di Malaysia malah kpd usaha2 menegakkan agama Allah di muka bumi ini.

Penubuhan IRC cabar kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Negara
Monday, February 28 @ 11:06:32 MYT
Oleh Ahmad Tarmizi Sulaiman
Institut Penyelidikan dan Pengembangan Syariah Malaysia (ISRA) dan Persatuan Ulama’ Kedah (PUK) dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) membantah keras usaha yang dijalan oleh Majlis Peguam Malaysia yang menggesa pihak kerajaan Malaysia agar menubuhkan sebuah Suruhanjaya Antara Agama (Inter-Religious Commission atau IRC) yang berbentuk sebuah badan berkanun di bawah akta Parlimen dan dibiayai oleh tabungan awam. Kami amat bersetuju dengan ketegasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md Zain menolak cadangan penubuhan IRC kerana ia secara jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan pihak yang berusaha menubuhkan jawatankuasa ini cuba untuk mencampuri hal ehwal agama Islam yang jelas pihak ini tidak layak untuk bercakap mengenainya.
Kami berpendapat bahawa pihak ini cuba untuk merosakan kedudukan yang tertinggi berkaitan agama rasmi persekutuan yang dinyatakan didalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Agama Islam. Pihak ini sedang berselindung dalam penubuhan jawatankuasa ini dengan tujuan mereka untuk meletakan agama-agama lain juga berada peringkat tertinggi dalam perlembagaan Persekutuan seperti mana agama Islam.
Justeru, Kami juga membantah kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kesenian, Kebudayan dan Warisan , Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meminta semua pihak bersikap terbuka dalam penubuhan jawatankuasa ini.
Kami mempersoalkan pernyataan ini kerana ia mengambarkan bahawa beliau mahu umat Islam menerima campurtangan pihak lain dalam hal ehwal agama Islam atas sifat tolak ansur dan demokrasi yang diamalkan dalam negara ini.
Kami menegaskan bahawa penubuhan IRC bukan atas sifat tolak ansur untuk perpaduan sesama Agama atau pun berlandaskan demokrasi tetapi adalah usaha tidak ikhlas pihak tertentu untuk mencampuri hal ehwal agama Islam terutama berkaitan pelaksaaan undang-undang Syriah didalam negara ini.
Hal ini adalah amat berbahaya kepada hak kebebasan beragama dan kedudukan agama Islam sebagi agama tertinggi dan agama rasmi negara. Tindakan untuk menubuhkan IRC adalah usaha untuk mencabar kedudukan Agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kami menegaskan bahawa usaha untuk mewujudkan keharmonian didalam kebebasan beragama di negara ini turut tercabar jika penubuhan IRC ini menjadi kenyataan. Adalah tidak benar jika meyatakan bahawa penubuhan IRC ini akan mewujudkan keharmonian antara agama kerana ia sudah jelas menyinggung perasan dan sensitiviti umat Islam di negara ini.
Sikap kami untuk membantah usaha penubuhan IRC ini adalah berasaskan pertimbangan berikut:
i.Bahawa IRC yang dicadangkan ini akan banyak mencampuri isu-isu dalaman agama-agama khususnya agama Islam. Kami menyatakan bahawa isu-isu sensitif seumpama ini tidak sewajarnya ditangani dan didebatkan secara terbuka dan bebas oleh pihak-pihak yang tidak layak. Ia akan mengganggu sensitiviti penganut-penganut agama terbabit dan akhirnya lebih menjejaskan keharmonian antara agama di negara ini.
ii. Persoalan keharmonian antara agama dan isu-isu yang berkaitan dengannya adalah isu-isu yang perlu ditangani dari perspektif ilmu , wacana dan pendekatan agama. Tetapi di sebalik penubuhan IRC, Kami melihat ada kecenderungan dan asas untuk menanganinya dengan pendekatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia semata-mata. Mekanisme ini adalah pendekatan yang ‘undur ke belakang’ untuk mewujudakn keharmonian agama.
iii. Kami yakin bahawa agenda keharmonian antara agama tidak sesuai dan tidak wajar ditangani oleh sebuah suruhanjaya berkanun. Persoalan agama Islam tidak boleh dibincangkan dalam suruhanjaya berkanun sepertimana persoalan hal asasi manusia atau persoalan-persoalan lain.
Perbincangan hal ehwal agama Islam adalah hak golongan yang mempunyi kepakaran, disiplin keilmuan dan keikhlasan kepada agamanya. Keharmonian antara agama hanya akan dapat dipraktis apabila semua agama menghormati hak agama lain dan tidak cuba mengganggu prinsip-prinsip agama masing-masing.
Disediakan bersama
Institut Penyelidikan dan Pengembangan Syariah Malaysia (ISRA)
Syeikh Haji Abu Bakar Awang Yang Dipertua Persatuan Ulama’ Kedah (PUK)
Haji Mohd Azmi bin Abdul Hamid Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS).


Herm..penubuhan IRC ini adalah hasil perancangan antara majlis perundingan agama-agama bukan Islam (MCCBCHS) dengan Majlis Peguam..dan antara fungsi utama IRC nanti ialah mengadakan satu mekanisme untuk menyelesaikan masalah antara agama, misalnya hak orang Islam untuk riddah..astaghfirullah..semakin pelik dunia skrg..bagaimana org bukan islam akan menyelesaikan masalah yg berkaitan dgn agama islam??apakah ada hak bg org islam utk keluar dari Islam?bg sy..hal yg berkaitan dgn ajaran islam memang tetap dan tidak boleh diubah dan dicampur adukkan dgn hal2 dan kepentingan duniawi..mengapa mereka ingin campur tangan dlm perkara2 yg tidak ada kaitan dgn mereka??..Allah berfirman dgn maksudnya "Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku" AlKafirun:6 ..jelas di sini bahawa mereka tiada hak utk mempertikaikan ajaran agama kita dan umat islam juga tidak boleh berkompromi dgn org kafir ttg perkara2 yg berkaitan dgn ajaran islam..kita mestilah tegas dan berpegang teguh dgn ajaran yg telah Allah tetapkan..perkara2 sebegini amat perlu diberi perhatian oleh seluruh umat islam amnya dan diri kita sendiri khasnya kerana jika isu2 sensitif ini dipandang ringan oleh kita..tidak mustahil penindasan terhadap umat islam khususnya di Malaysia akan berlaku..nauzubillah..kesedaran ttg pentingnya menegakkan agama Allah di muka bumi ini perlu wujud dlm diri setiap individu muslim dah bukan hanya kita sandarkan kpd ulama'2..imam2..ustaz2..atau individu2 tertentu shj..siapa lagi yg akan meneruskan kerja2 Rasulullah SAW dlm menyebarkan dakwah islamiyyah..kalau bukan kita sendiri..umat kesayangan Baginda..wallahua'lam.


+ asma'hatta @ 4:08 PM 0 comments

_____________

Comments: Post a Comment
Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com