<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8899913?origin\x3dhttp://taynet.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, April 12, 2005

GHIBAH (MENGUMPAT)...

SIKAP suka mengumpat (ghibah) atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah. Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya BERDOSA BESAR. Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan kawannya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka. Orang yang melakukan perkara sedemikian layak mendapat seksa sebagaimana yang diberi amaran oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam.

Hukum haram mengumpat bukan hanya terbatas kepada orang yang mengumpat sahaja. Orang yang mendengar atau menyetujui apa yang diumpatkan juga adalah haram hukumnya. Orang yang mendengar seseorang yang mengumpat, wajiblah bagi yang mendengar itu mencegah perkara tersebut jika dia tidak merasa takut terancam olehnya. Jika dia tidak mampu untuk mencegahnya, maka wajib dia mengingkarinya dengan hatinya dan menjauhi atau meninggalkan tempat itu jika dia boleh berbuat begitu. Jika dia mampu menegur dengan kata nasihat atau dapat mengalihkan percakapan tersebut kepada hal-hal yang lain, maka wajiblah dia melakukan perkara itu. Jika dia tidak melakukannya, dia juga turut berdosa.

Yang terlebih baik bagi seorang Islam itu apabila dia mendengar seseorang mengumpat orang Islam yang lain lebih-lebih lagi orang yang diumpat itu orang yang mempunyai nama baik dan tergolong di kalangan orang baik-baik, maka seharusnya dia melarang perkara tersebut demi mempertahankan kehormatan orang itu. Apabila di akhirat nanti, Allah Ta'ala pula akan mempertahankan dirinya daripada api neraka sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Darda' Radhiallahu 'anhu daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
"Barangsiapa menolak (melarang) dari (diumpat) kehormatan peribadi saudaranya, nescaya Allah akan menolak (memalingkan) api neraka daripada dirinya kelak di Hari Kiamat."
(Hadits riwayat Tirmidzi)


Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat;

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan beberapa perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

Apabila seseorang telah terlanjur melakukan ghibah (umpat) kepada saudaranya, maka dituntut dengan segera agar dia bertaubat dari dosa itu. Taubat kerana perlanggaran hak Allah (yang wajib dilaksanakan oleh hamba-Nya) adalah dengan tiga syarat iaitu:


Oleh kerana maksiat ghibah ini menyangkut dengan hak orang lain maka selain tiga syarat di atas ditambah lagi dengan syarat yang keempat iaitu:

Untuk menjaga keharmonian hidup dalam masyarakat amatlah penting kita menjaga lidah agar tidak timbul perselisihan dan pertengkaran. Sebuah masyarakat yang aman dan harmoni terbentuk kerana manusianya hidup kasih mengasihi antara satu sama lain, tidak menghasut dan mengadu domba antara satu sama lain.Oleh itu, sebagai umat islam, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam setiap perkataan dan perbuatan kita untuk mengelakkan daripada ghibah. Semoga Allah meningkatkan keimanan kita dan menjauhkan diri kita dari sifat2 tercela.

~~wallahua'lambissawab~~



+ asma'hatta @ 3:25 PM 0 comments

_____________

Comments: Post a Comment
Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com