Friday, April 22, 2005
...Keredhaanmu...
Assalamualaikum..hayati la lirik nasyid nih..sedih..huhu..byk dosa yg dah dilakukan sama ada sedar atau tak..tapi sejauh mana kita kembali bertaubat padaNya?tepuk dada tanya lah iman..kadang2 (baca:selalu)..dah bertaubat pon..still buat lagi (spesifik kpd penulis)..huhu..setiap kali taubat..kita berjanji xnak buat dosa lagi..kita merintih agar diampunkan dosa2 kita..kita merayu dan menangis agar diterima taubat kita..tetapi selepas itu?..kita selalu alpa dgn kata2 sendiri..terlalu mudah mengingkari janji yg dah dibuat..(sori..penulis tgh marah kat diri sendiri nih)..begitulah manusia..tidak lepas dari kesilapan dan kesalahan..tetapi alasan itu tak boleh digunakan utk kekal di takuk lama..sesungguhnya celakalah org yg hari ini lebih teruk dari hari semalam..nauzubillahiminzalik..semoga kita akan menjadi sebaik2 muslim/ah ..amin..
KEREDHAANMU
Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan,
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku
Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi
Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yg sejati
PadaMu Ilahi
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku
Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri
Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih...
+ asma'hatta @ 5:38 PM
0 comments
_____________