<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8899913?origin\x3dhttp://taynet.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Monday, April 18, 2005

Kursus Pra-perkahwinan anjuran PPIMC

Assalamualaikum..
Kelmarin..hari sabtu 15 apr 2005 diadakan kursus pra-perkahwinan anjuran PPIMC oleh Ustaz Rahim from MSD. Entah mengapa..tiba2 sampailah kaki ini ke kursus kahwin itu..(terkejut ke?heh)..jangan salah sangka..bukan niat di hati untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat..calon pon xde lagi..kena pula tunggu emak carikkan calon kot..ke ada sapa2 nak tolong carikan?heh..xde la ke situ pulak yg difikirkan skrg (jodoh pertemuan di tgn tuhan)..sebenarnya memang tidak berniat nak pergi pon ke kursus kahwin tu..namun atas desakan dan permintaan seseorang, terpaksalah juga saya menjejakkan kaki ke kursus itu..tapi alhamdulillah niat pergi itu diperbetulkan..dan insya allah byk ilmu yang dipelajari..tetapi rasanya kursus sehari itu tidaklah lengkap dan cukup utk dijadikan preparation utk sesiapa yang ingin berkahwin dan mendirikan rumah tangga (walaupun sijil kursus dah dapat..hehe).. tetapi sekadar mencukupkan syarat2 JAKIM utk sesiapa yg ingin berkahwin di Malaysia..(so lepas ni dah boleh kawen aa??arghh!!tidak!!)..ok2..abaikan jeritan batinku tadi..cuma apa yang ingin ditekankan di sini ialah..perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dibuat terburu-buru..byk lagi benda yg perlu dipelajari..bab2 agama sgt perlu dikukuhkan<--ni bukan utk kawen je..utk hidup pon perlu juga..memang byk kelebihan berkahwin..di dalam al-Quran dijelaskan bahawa tujuan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah."(Surah al-Rum, ayat 21) .. dalam mencari pasangan pon banyak benda yang perlu diperhatikan..Rasulullah SAW telah memberikan bimbingan kepada umat Islam agar memilih pasangan kerana empat prinsip, iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya..akan tetapi perlulah diingatkan di sini bahawa Rasulullah memberatkan agar agama menjadi keutamaan..ada kalanya orang memilih pasangan kerana kecantikan dan kekayaan sehingga mereka lupa bahawa kecantikan dan harta bersifat sementara..begitu juga dengan keturunan dan nasab tidak selamanya menjamin kebahagiaan..oleh sebab itulah, Rasulullah SAW menyuruh kita memilih pasangan kerana agama sebab kekurangan dalam rupa, harta dan nasab atau keturunan akan disempurnakan oleh agama..agama dapat membezakan seorang manusia dengan manusia yang lain, bukan kerana keturunan dan kedudukan seperti firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling takwa." Oleh itu, keluarga yang dibina atas dasar agama ini akan memiliki matlamat yang jelas..tapi skrg ini..manusia lebih kpd mencari pasangan atas dasar paras rupa..harta dan benda2 duniawi yang lain..bak kata seorang sahabat sy.."agama tu paling penting..tapi kalau dapat yg hensem tu..kira bonus la kan.."..so..wahai rakan2 muslimat sekalian..jgnla cari yg hensem je..carilah yg beragama..yang boleh membimbing kita dan anak2 kita hal2 agama..yang boleh memastikan kita bahagia bukan sahaja di dunia tetapi hinggalah ke syurga nnti..insya allah..bagi rakan muslimin pon sama juga lah..jgn dicari sgt yg lawa dan cantik dari segi luaran..carilah yg cantik akhlak dan lawa peribadi nya..insya allah kita akan mendapat kebahagiaan yg dicari..tetapi..jgn lah mengharap kita mendapat pasangan yg baik dan soleh jika diri kita sendiri tidak diperbaiki dan diperbetulkan..so..dari kursus pra-perkahwinan yg dihadiri tu..resolusi yg sy sendiri simpulkan adalah..kita perlu memperbaiki diri, mengindahkan akhlak dan berusaha meninggalkan perkara2 yang boleh meruntuh dan melemahkan iman..ingatlah..perempuan yg baik utk lelaki yg baik..lelaki yg baik utk perempuan yg baik..perempuan yg jahat utk lelaki yg jahat dan lelaki yg jahat utk perempuan yg jahat..semoga kita menjadi yg baik dan mendapat pasangan yg baik juga..semoga Allah mempermudahkan segala usaha kita..amin..


+ asma'hatta @ 3:00 PM 0 comments

_____________

Comments: Post a Comment
Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com