Tuesday, May 31, 2005
Message: MUDAHNYA MENCARI ISTERI YANG SOLEHAH
saya dpt dialog ni dari sahabat saya..moga boleh menjadi panduan kita xkira muslimin atau muslimat..
"Susah betul nak cari isteri solehah", luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan.
"Macam cari gagak putih", tambahnya.
"Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat", katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu.
Saya cuma tersenyum.
"Dah kahwin?", Akhirnya saya bertanya.
"Belum lagi. Kenapa?", dia pula tersenyum.
"Belum dapat yang solehah?" saya terus mengusik.
"Saya dah 28 tahun.Sepatutnya umur 25 dah kahwin Dah terlajak le ni"."Oh gitu..biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!", usik saya lagi.
"Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang"."Kalau tak jumpa, macam mana?""Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?""Apa syaratnya?"" Syarat-syarat wanita solehah mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat.""Macam tu tak susahlah ramai yang ada syarat-syarat macam tu", balas saya.
UKUR TAKWA
"Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa", katanya lagi.
"Macam mana pula nak ukur takwa tu?"tanya saya.
"Tu yang pening.Takwa tu dlm hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yg bertakwa!" "Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?" pelawa saya.
ADA CARA LAIN
"Saya tak paham.Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya.""Itukan panduan daripada hadis? Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh. Cuba cari ciri-ciri suami soleh. Bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati. Ukur iman dan takwa kita"."Nak ukur iman & takwa kita susah tu. Itu soal maknawi""Tapi,jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain".LEBIH TEPAT
"Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. Sblm ni, kita bincang pasal menilai diri orang lain dulu.Tu yg kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah?" "Insya-Allah".TERLALU IDEAL
"Habis tu saya kenalah berhenti cari wanita solehah sbb nak jadi lelaki soleh?""Bukan gitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah.""Ok gak tu!Serampang dua mata",katanya.
"Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dgn tahap sederhana"."Maksudnya?""Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sbb sifat-sifat solehah itu on going process(dibina secara berterusan). Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sket, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi."MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN
"Boleh cari yg lebih kurang lah ni ye?""Salah tu. Panduan dan ajaran islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan"."Apa kaitannya dengan yg kita bincang skang ni?" "Gini, awak mesti lebih ketat dlm menilai diri sdr. Jgn amik mudah soal iman & takwa diri sdr. Letakkan piawai tinggi utk diri sdr. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin r/tangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sket nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita"."Oh saya faham.""Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebaliknya untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yg rendah. Tetapi utk calon isterinya dinilai dgn solehah yg tinggi. Itu silap!""Alhamdulillah saya harap jodoh saya akan tiba nanti. Amin.""Tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri".
+ asma'hatta @ 3:21 PM
0 comments
_____________
Monday, May 30, 2005
Yang pelik-pelik
Pertunjukan budaya di Kelantan boleh jika dapat permit
KOTA BHARU: Badan kebudayaan di negeri ini boleh mengadakan pertunjukan hiburan asalkan mendapat permit polis bagi menjamin
keselamatan, kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata, larangan Kerajaan Kelantan berhubung acara hiburan adalah
percanggahan dasar dan bukannya percanggahan undang-undang.Seksyen 27 Undang-Undang Persekutuan membenarkan mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan, termasuk menganjurkan pertunjukan hiburan."
Saya cadangkan, sebelum apa-apa berlaku, kerajaan negeri jangan menurut lunas lama. Turutlah lunas baru yang progresif dan selari dengan Islam Hadhari. "
Soal larangan kerajaan negeri berhubung acara hiburan adalah percanggahan dasar dan ia bukan percanggahan dari segi undang-undang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan di Hotel Perdana di sini, petang kelmarin.
Sebelum itu beliau menerima resolusi 13 perkara yang dicapai dalam konvensyen yang disertai kira-kira 600 penggiat seni dari seluruh negeri daripada Timbalan Pengerusi konvensyen itu, Datuk Mohd Rozali Isohak.Beliau mengulas tindakan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mengharamkan pertunjukan kebudayaan yang dikatakan bercanggah dengan Islam.
Dr Rais berkata, mana-mana badan kebudayaan boleh mengadakan pertunjukan asalkan mendapat permit daripada pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan.Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata, kementeriannya akan membina sebuah Kompleks Budaya bernilai kira-kira RM13.5 juta di negeri ini sebagai kemudahan penggiat seni dan badan budaya menganjurkan acara masing-masing.Beliau berkata, kompleks yang menyerupai Kompleks Budaya di Melaka itu kini pada peringkat penyediaan tempat yang sudah dikenal pasti di pinggir bandar ini.
Katanya, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Siti Azizah Abod, meminta projek itu disegerakan."Kompleks itu akan dapat dimanfaatkan semua badan budaya, terutama yang bergabung dengan Majlis Seni Budaya Kelantan untuk mengadakan kegiatan bercorak kesenian lama dan baru," katanya.Dr Rais berkata, kompleks itu kelak boleh dijadikan gelanggang bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan pelbagai program budaya selain mencetuskan tunas baru dalam kebudayaan lama dan baru.Katanya, kompleks itu diharap menjadi alternatif kepada Gelanggang Seni di Jalan Mahmood, Kota Bharu yang dibina kerajaan negeri sejak 1970-an, yang kini uzur dan perlu diberi nafas baru.
-----------------
komen saya:
this is too much..sejak bila perlembagaan diangkat lebih tinggi dari ajaran dan dasar islam nih? islam hadhari dijaja tiap2 hari tapi ketinggian islam dan kemuliaan agama Allah ni tidak ada pada pandangan mereka.Perlembagaan negara..dasar blablabla..undang2 persekutuan blablabla semua tu yg dipegang teguh.Semua ciptaan dan hasil pemikiran manusia itu lah yg diagung2kan.Ditinggi2kan sgt undang2 manusia itu melebihi undang2 dan ketetapan Allah pencipta manusia itu sendiri.Tak sedarkah mereka..yg direndah2kan dan dihina2 itu adalah hukum Allah..ajaran yg ditetapkan Allah..yang berpandukan AlQuran dan sunnah..yang jauh lebih lengkap, syumul dan selari dengan arus perjalanan ciptaan Allah yg Haq. Jika org islam sendiri yg menghina, merendah2 dan memandang enteng suruhan dan hukum Allah..siapakah lagi yg hendak diharap utk menegakkan agama Allah di alam ini?jgnlah kita terlalu leka dgn tempat persinggahan yg singkat dan sementara ini..nabi Adam diciptakan di syurga..di situlah tempat lahir bapa kita semua.Dan diturunkan baginda ke dunia..dan disinilah kita berada skrg.Bukan tujuan kita berada di dunia ini utk mengecapi nikmat2 duniawi yg menyesatkan..hiburan yg menggelapkan hati..kesenangan2 sementara dan kemewahan yg palsu..tetapi tujuan kita adalah mencari redha Allah dan mengumpul bekal sebanyak2nya utk ke alam yg fana nnti..alam dimana tidak ada peluang utk kita berpatah balik utk mengutip sisa2 bekalan yg telah lupa kita cari.
"Saya cadangkan, sebelum apa-apa berlaku, kerajaan negeri jangan menurut lunas lama. Turutlah lunas baru yang progresif dan selari dengan Islam Hadhari"..kata si dia..ish3..sebelum apa2 berlaku..sy juga ingin cadangkan kpd anda agar kembali kpd lunas yg ditetapkan sejak azali..tiada yg baru..tiada yg lama..itulah sahaja lunas yg perlu dipegang iaitu ajaran AlQuran dan sunnah..yg tidak akan berubah..tidak akan dipinda..tidak ada pembaharuan kerana itulah lunas yg paling sempurna..
semoga Allah memelihara iman kita dan sentiasa menyuburkan rasa cinta kita kpdNya..marilah kita berusaha menegakkan deenNya di muka bumi..sebelum kita dijemput ke alam sana..
+ asma'hatta @ 10:36 PM
0 comments
_____________
Sunday, May 29, 2005
MAS hanya pentingkan bentuk badan kabin krew wanitanya?
terbaca artikel nih kat blog akak..so nak letak jugak..dahsyat btol diskriminasi terhadap wanita..bentuk badan yg dijadikan ukuran kualiti kerja..ish3
Oleh Fong Po Kuan
Ahli Parlimen Batu Gajah
Kami dengan ini ingin menyuarakan sokongan dan sumbangan kami kepada Tabung Beatrice Fernandez, di mana Beatrice adalah seorang bekas kabin krew wanita MAS yang telah ditamatkan perkhidmatannya selepas mengandung. Pada bulan Ogos 2003, Mahkamah rayuan telah menolak rayuannya dan tabung Beatrice ini ditubuhkan untuk membantunya membayar kos mahkamah kepada MAS.
Media pada hari kelmarin telah melaporkan kes-kes di mana bekas kabin krew wanita MAS telah menyuarakan kekecewaan terhadap dasar syarikat tersebut yang didakwa telah mendiskriminasikan dan menafikan mereka sebagai kabin krew wanita cuti bersalin dan faedah persaraan.
Pada tahun 2001, Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda bagi memperuntukkan bahawa tidak boleh ada diskriminasi berdasarkan jantina.
Malahan, baru-baru ini, di Mesyuarat Peringkat Menteri Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mengenai Pembangunan Wanita di Putrajaya telah meluluskan dan menerima pakai Deklarasi Putrajaya yang terdiri daripada 9 perkara bagi tujuan untuk memperkasakan kaum wanita serta mencapai kesaksamaan dan keadilan gender dalam era globalisasi dan abad ke 21 ini.
Oleh itu, syarikat MAS yang didakwa oleh bekas kabin krew wanitanya bahawa MAS mengamalkan dasar yang mendiskriminasikan kabin krew wanita kabin krew wanitanya harus dihentikan agar selaras dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan dan dasar kerajaan yang mengakui hak saksama kaum wanita di masyarakat dan negara ini.
Dasar MAS yang didakwa mendiskriminasikan kabin krew wanita kabin krew wanitanya adalah seperti berikut:
1. Umur bersara pada 40 tahun atau 45 tahun jika ketua kabin krew wanita. Umur bersara bagi kabin krew lelaki 55 tahun.
2. Hanya boleh mengandung selepas berkhidmat 5 tahun dan terhad kepada 2 orang anak.
3. Apabila mengandung, diwajibkan mengambil cuti tanpa gaji dan faedah perubatan. Hanya akan diberi cuti bersalin 60 hari (bergaji).
4. Selepas 90 hari bersalin, bentuk dan berat badan harus tidak boleh lebih daripada 5 kg sebelum mengandung, jika tidak, diwajibkan berhenti.Dasar MAS sedemikian yang mengadakan kawalan seperti bila dan berapa orang anak boleh dilahirkan oleh kabin krew wanitanya adalah tidak menghormati hak bersalin wanita.
Manakala, menwajibkan mereka bersara pada umur 40 tahun atau 45 tahun atau kerana tidak dapat mengurangkan berat badannya selepas bersalin atau tidak mampu memakai pakaian seragam MAS diwajib meletak jawatan, adalah memberi gambaran MAS kurang menilai kabin krew wanitanya berdasarkan kemampuan, kebolehan dan pengalaman mereka di dalam menjalankan tugas mereka.
Sebaliknya, MAS lebih menekankan umur yang muda, kecantikan luaran termasuk bentuk badan kabin krewnya, seolah-olah menonjolkan kabin krew wanitanya sebagai “daya tarikan” di dalam menjalankan perniagaannya.
Kemampuan dan kejayaan MAS memenangi pelbagai anugerah iaitu 4 anugerah kerana perkhidmatannya yang baik pada tahun 2004 termasuk anugerah World’s Best Cabin Crew berturut-turut sejak tahun 2002-2004 adalah tidak dapat dinafikan adalah juga disumbangkan oleh kabin krew wanitanya.
Oleh itu, kami berharap syarikat MAS dapat memberi layanan yang adil dan saksama kepada kepada kesemua kakitangannya.
- um
+ asma'hatta @ 6:01 PM
0 comments
_____________
Thursday, May 19, 2005
Nasihat dari kakakku..
ni adalah nasihat dari akakku kpdku..bergenang mata membacanya..memikirkan betapa kasih dan sayangnya akak kpdku..terima kasih akak..insya allah adik akan menurut nasihat akak ini..u take care over there k..may Allah bless us..amin..
Adik,
Hahahahahaha
Aku lupa adik aku kini
sudah semakin dewasa
Tak aku sangka secepat itu
Allah mencampakkan rasa cinta
di hati adik
Maafkan aku
Selama ini,
lupa bertanya tentang itu
Adik,
Bertenanglah
jangan menggelabah
Tonjolkan ketenangan
dan kegentlemanan adik
Adik,
Sejak Allah mencampakkan rasa cinta itu
Di hati adik dan
Sejak adik sedar
kehadiran cinta itu di hati adik
Pertamanya ucapkanlah Alhamdulillah
Itulah fitrah yang suci yang benar
Yang Allah berikan pada setiap manusia.
Sekarang adik sudah merasakannya
Walâiyazubillah
Kalau cinta itu tidak suci apatah lagi tidak benar
Nauzubillahi min zalik
Adik,
Nah sekarang.
Cabaran utamanya ...
Bukan bagaimana hendak menyatakan
rasa cinta itu pada cinta adik
Adik,
Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Allah itu tidak akan pernah menzalimi
hamba-hambanya.
Ketika Allah meletakkan rasa cinta itu di hati adik
Pada masa yang sama
Allah tidakkan akan meletakkan cinta yang sama
pada yang bukan berhak
Adik,
Cabaran utamanya sekarang adalah
Bagaimana adik meletakkan cinta itu
setelah Cinta Allah dan Rasul
Bagaimana adik mendahulukan
Cinta Allah dan Rasul setelah cinta itu
Adik,
Aku ingatkan
Keinginanmu ...
Melihat.. Bercakap
Bukanlah suatu yang halal kecuali setelah terjalin
ikatan yang sah antara Kalian
Adik,
Ingatlah semua itu adalah larangan Allah
Cubalah jauhi semuanya
Waspadalah pada kecemburuan Allah dan Rasul
Renungi kembali rindu Allah dan Rasul
Adik,
Bertaqwalah kepada Allah
Yang meletakkan cinta itu di hati adik,
Allah yang meletakkan cinta itu di hati adik
Allah juga berkuasa menarik kembali cinta itu
Dan Allah juga berkuasa
mengubah cinta itu menjadi benci
Adik,
Ketika adik tahu cinta itu dari Allah
Ketika adik yakin cinta itu dari Allah
Kembalikan ia kembali kepada Allah
Biarlah Allah yang menjaga cinta itu
Biarlah Allah yang meletakkan cinta itu
pada yang berhak
Adik,
Sirami cinta itu dengan zikir
Bajai cinta itu dengan Quran
Bentengi cinta itu dengan istighfar
Semoga tumbuh pohon sakinah
Semoga lahir buah mawaddah
untuk adik dan juga cinta adik
Semoga lahir zuriat qurrata a'yun
Adik,
Aku ceritakan kisah cinta
wanita pujaan sekalian lelaki
Aku ceritakan kisah cinta
lelaki pujaan sekalian wanita
Ketika di madinah
Fatimah berkata kepada Ali
"Dulu di Mekah ada seorang lelaki
yang aku sangat cinta padanya"
Ali berkata kepada Fatimah,
"Lalu, apakah kau menyesal
berkahwin dengan aku?"
Fatimah menjawab,
"Tidak, kerana lelaki itu adalah engkau"
Adik,
Aku ajarkan satu doa.
ALLAHUMMA INNA NAS_ALUKA HUBBAKA
WA HUBBA MAY_YUHIBBUKA WA HUBBA
AMALIN YAQORRIBUNA ILA HUBBIKA.
Ya Allah aku mohon cintaMu
Dan cinta orang-orang yang menyintaiMu,
Dan cintakan amalan yang mendekatkan
aku kepada cintaMu
Allahumma innaka ta'lam tsummallahummaghfirr.
Hasil ciplak dari "Pelembut hati" Jilid 2
+ asma'hatta @ 1:23 PM
0 comments
_____________
Wednesday, May 18, 2005
Selamat Hari Lahir..
selamat hari lahir yg ke-22 diucapkan kpd akakku..Siti Aishah...bile nak dpt baby?keskeskes..err..bile besday abg farid ye?xtau aa plak..nway..semoga bahagia ke anak cucu cicit dan seterusnya..smpailah ke syurga..insya allah..
+ asma'hatta @ 1:06 PM
0 comments
_____________
Wednesday, May 11, 2005
It's HAKIM's birthday!!!
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
YOU WERE BORN IN THE ZOO..
WITH THE MONKEYS AND KANGAROOS..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
hehe..teringat masa kecik2 ada monyet dari hutan mana tah masuk rumah pastu nak colek akim..dah la masa tu dia tgh baby lagi..sure monyet tu ingat hakim ni anak dia..keskes..ape2 pon.. hakim dah 6tahun!! dah besar dah..smlm kasi msg kat mak ckp happy becoming bday kat hakim..dia yg reply..amboi..kecik2 dah diajar taip sms..hehe..dah ada girlfriend plak tu..ish3..rosak budak2 zaman skrg..tapi dia kata dia xsuka budak tu..budak tu yg suka dia..pastu budak tu curi pemadam dia..pastu kene pukul tgn dgn cikgu..heh (mcm2 gossip adikku ini)..ape2 je la hakim..yg pastinya..adik doakan semoga hakim membesar dgn sihat dan menjadi anak yg soleh..dan menjadi pejuang di jalan Allah nnti..amin..
+ asma'hatta @ 5:20 PM
0 comments
_____________
Thursday, May 05, 2005
Exams!!!
kelmarin physio...susah..
huhuhu..
tadi anat...lagi la susah...
huhuhu..
esok biochem...xstadi lagi...
huhuhu..
b4 exam tadi..soh ayah n mak smyg hajat..sbb takut sgt..
huhuhu..
tadi call rumah..ayah ingat yg call tu kak aishah..
huhuhu..
ayah kata suara dah matang..tu yg silap tu..(dah boleh kawen)..
hahaha..<--part ni je gelak=)
pastu ngadu anat susah..kena gelak je ngan ayah.."anat?tido pon boleh jawab"..
huhuhu..
mak kata.."anat susah??mmg susah ke..adik xbaca abes?.."..
huhuhu..(mmg xbaca pon)
bgtau kat ayah sok ada biochem..ayah kata.."ala..biochem..senapas je.."..
huhuhu..
amirah ckp "nape adik xblaja awal2?kan dah susah"..
huhuhu..(mmg padan muka pon..)
bgtau mak duit jpa masuk banyak..mak kata xyah la mak support beli laptop..
huhuhu..
hakim demam lagi..xdpt ckp ngan dia..sian dia..
huhuhu..
pesanan kpd org di rumah:
1. jgn main game je..mentang2 ada hp baru..hehe..sile baca quran..baca quran..
2. semoga hakim cepat baik demam..
3. semoga amirah cepat baik ulcer..sian dia..
pengajaran:
1. belajar bersungguh2..
2. jgn malas2..
3. berusaha!!chaiyok!!
+ asma'hatta @ 4:08 PM
0 comments
_____________
Tuesday, May 03, 2005
Selamat Hari Lahir..
Ucapan ini ditujukan kepada cik Adilla Nur bt Halim yg kini berada di Galway (cewah..mcm ucapan raya plak)..dgn ucapan..selamat hari lahir yg ke 21..semoga jadi wanita solehah..dan sentiasa dirahmati Allah..
-khas dari ahli2 15, glendale road, glasheen, cork, ireland-
(asma'..husna..nadia)
+ asma'hatta @ 8:45 PM
0 comments
_____________