<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8899913?origin\x3dhttp://taynet.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Monday, May 30, 2005

Yang pelik-pelik

Pertunjukan budaya di Kelantan boleh jika dapat permit

KOTA BHARU: Badan kebudayaan di negeri ini boleh mengadakan pertunjukan hiburan asalkan mendapat permit polis bagi menjamin keselamatan, kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, larangan Kerajaan Kelantan berhubung acara hiburan adalah percanggahan dasar dan bukannya percanggahan undang-undang.Seksyen 27 Undang-Undang Persekutuan membenarkan mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan, termasuk menganjurkan pertunjukan hiburan."Saya cadangkan, sebelum apa-apa berlaku, kerajaan negeri jangan menurut lunas lama. Turutlah lunas baru yang progresif dan selari dengan Islam Hadhari. "
Soal larangan kerajaan negeri berhubung acara hiburan adalah percanggahan dasar dan ia bukan percanggahan dari segi undang-undang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan di Hotel Perdana di sini, petang kelmarin.
Sebelum itu beliau menerima resolusi 13 perkara yang dicapai dalam konvensyen yang disertai kira-kira 600 penggiat seni dari seluruh negeri daripada Timbalan Pengerusi konvensyen itu, Datuk Mohd Rozali Isohak.Beliau mengulas tindakan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mengharamkan pertunjukan kebudayaan yang dikatakan bercanggah dengan Islam.
Dr Rais berkata, mana-mana badan kebudayaan boleh mengadakan pertunjukan asalkan mendapat permit daripada pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan.Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata, kementeriannya akan membina sebuah Kompleks Budaya bernilai kira-kira RM13.5 juta di negeri ini sebagai kemudahan penggiat seni dan badan budaya menganjurkan acara masing-masing.Beliau berkata, kompleks yang menyerupai Kompleks Budaya di Melaka itu kini pada peringkat penyediaan tempat yang sudah dikenal pasti di pinggir bandar ini.
Katanya, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Siti Azizah Abod, meminta projek itu disegerakan."Kompleks itu akan dapat dimanfaatkan semua badan budaya, terutama yang bergabung dengan Majlis Seni Budaya Kelantan untuk mengadakan kegiatan bercorak kesenian lama dan baru," katanya.Dr Rais berkata, kompleks itu kelak boleh dijadikan gelanggang bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan pelbagai program budaya selain mencetuskan tunas baru dalam kebudayaan lama dan baru.Katanya, kompleks itu diharap menjadi alternatif kepada Gelanggang Seni di Jalan Mahmood, Kota Bharu yang dibina kerajaan negeri sejak 1970-an, yang kini uzur dan perlu diberi nafas baru.
-----------------

komen saya:
this is too much..sejak bila perlembagaan diangkat lebih tinggi dari ajaran dan dasar islam nih? islam hadhari dijaja tiap2 hari tapi ketinggian islam dan kemuliaan agama Allah ni tidak ada pada pandangan mereka.Perlembagaan negara..dasar blablabla..undang2 persekutuan blablabla semua tu yg dipegang teguh.Semua ciptaan dan hasil pemikiran manusia itu lah yg diagung2kan.Ditinggi2kan sgt undang2 manusia itu melebihi undang2 dan ketetapan Allah pencipta manusia itu sendiri.Tak sedarkah mereka..yg direndah2kan dan dihina2 itu adalah hukum Allah..ajaran yg ditetapkan Allah..yang berpandukan AlQuran dan sunnah..yang jauh lebih lengkap, syumul dan selari dengan arus perjalanan ciptaan Allah yg Haq. Jika org islam sendiri yg menghina, merendah2 dan memandang enteng suruhan dan hukum Allah..siapakah lagi yg hendak diharap utk menegakkan agama Allah di alam ini?jgnlah kita terlalu leka dgn tempat persinggahan yg singkat dan sementara ini..nabi Adam diciptakan di syurga..di situlah tempat lahir bapa kita semua.Dan diturunkan baginda ke dunia..dan disinilah kita berada skrg.Bukan tujuan kita berada di dunia ini utk mengecapi nikmat2 duniawi yg menyesatkan..hiburan yg menggelapkan hati..kesenangan2 sementara dan kemewahan yg palsu..tetapi tujuan kita adalah mencari redha Allah dan mengumpul bekal sebanyak2nya utk ke alam yg fana nnti..alam dimana tidak ada peluang utk kita berpatah balik utk mengutip sisa2 bekalan yg telah lupa kita cari.

"Saya cadangkan, sebelum apa-apa berlaku, kerajaan negeri jangan menurut lunas lama. Turutlah lunas baru yang progresif dan selari dengan Islam Hadhari"..kata si dia..ish3..sebelum apa2 berlaku..sy juga ingin cadangkan kpd anda agar kembali kpd lunas yg ditetapkan sejak azali..tiada yg baru..tiada yg lama..itulah sahaja lunas yg perlu dipegang iaitu ajaran AlQuran dan sunnah..yg tidak akan berubah..tidak akan dipinda..tidak ada pembaharuan kerana itulah lunas yg paling sempurna..

semoga Allah memelihara iman kita dan sentiasa menyuburkan rasa cinta kita kpdNya..marilah kita berusaha menegakkan deenNya di muka bumi..sebelum kita dijemput ke alam sana..


+ asma'hatta @ 10:36 PM 0 comments

_____________

Comments: Post a Comment
Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com