<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8899913?origin\x3dhttp://taynet.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Friday, June 17, 2005

Dublin


Image hosted by Photobucket.com
pergi Dublin kejap haritu..then pergi wicklow..picnic kat waterfall near powerscout..menarik n tenang je tempat tu..silela pergi berjalan2 ke sana..kat cork ni..dah ramai yg balik..sedikit demi sedikit..makin kurang ahli2 yg menginap di rumah ku ini..kalau dulu..riuh rumah ni dgn gelak tawa dan gurau senda feesha..aju..milah..yusma dan housemates ku..(husna..nad..aina n me..)..feesha n yusma dah balik msia..aju n milah gi paris..tinggallah ahli2 asal rumah ni..sunyi..huhu..semakin terasa kesemangatan (ada ke word nih?) nak balik umah..weekend nih aimi tonah..yopit enot..nang..azraa..fatem n iza balik msia pulak..haih..dah xde la org dtg rumah buat havoc lagi..heh..gonna miss them so much..huhu..tadi main m*n*p*l* ngan nad n husna..kelakar betul..heh..tapi gelak byk sgt..ish2..buat mati hati..huhu..masa kita gelak2..sure tak ingat Allah..huhu..sedangkan Allah sentiasa perhatikan kita..setiap saat tanpa tinggal..tapi bila kita suka ria main2..senang je nak lupa Allah..huhu..masa lapang yg ada..selalu disia2kan..huhu..

ALLAH bertitah dalam sebuah Hadith Qudsi :

"Hamba-Ku menyombongkan diri terhadap-Ku dengan pelbagai kemegahan,
Padahal Aku lah yang melindungi mereka di tempat tidur mereka.
Antara-Ku dan jin serta manusia terjadi sebuah berita besar;
Bahawa aku yang menciptakan,
Namun yang disembah adalah selain-Ku.
Aku yang memberi rezeki,
Namun selain-Ku yang disyukuri.
Kebaikan-Ku sentiasa turun kepada para hamba,
Tetapi kejahatan merekalah yang naik kepada-Ku.
Aku mencintai mereka dengan memberikan mereka nikmat-nikmat-Ku,
Dan Aku tidak memurkai mereka,
Mereka memancing kemurkaan-Ku dengan pelbagai kemaksiatan
Lalu merekalah yang paling Aku murkai.
Sesiapa yang datang kepada-Ku,
Maka ia akan Ku jemput dari kajauhan.
Sesiapa yang meninggalkan sesuatu demi Aku,
Akan Ku berinya lebih dari cukup.
Sesiapa yang menginginkan keredhaan-Ku,
Aku pun akan menginginkan apa yang diinginkannya.
Sesiapa yang bertindak dengan bersandarkan daya dan kekuatan-Ku,
Maka, akan ku lunakkan besi baginya.
Orang yang mengerjakan maksiat,
Tidak akan Ku buat mereka berputus asa dari rahmat-Ku;
Jika mereka bertaubat kepada-Ku, maka, aku akan menjadi kekasih mereka,
Sebab Aku mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri.
Kalau mereka tidak bertaubat kepada-Ku,
Aku akan bertindak sebagai doctor mereka;
Akan Ku berikan cubaan kepada mereka dengan pelbagai musibah
untuk membersihkan mereka daripada pelbagai aib.
Dan sesiapa yang lebih mementingkan Aku dari yang selain dari-Ku,
Maka Aku akan lebih mementingkannya dari orang lain.
Satu kebaikan di sisi-Ku adalah bernilai sepuluh kali ganda yang sepertinya,
Sehingga tujuh ratus kali ganda; hingga tidak terkira lipat gandanya,
Sedangkan kejahatan di sisi-Ku adalah bernilai satu.
Maka jika ia menyesal dan memohon ampun,
Maka Aku pun mengampuninya.
Aku mensyukuri amal kebajikan yang sedikit dan mengampuni banyak kesalahan..
Kasih sayang-Ku mendahului murka-Ku.
Sifat penyantun-Ku mendahului keputusan-Ku menjatuhkan saksi..
Pemberian maaf-Ku lebih mendahului sikaan-Ku.
Aku lebih pengasih kepada hamba-hamba-Ku daripada kasih sayang ibu terhadap anaknya"



+ asma'hatta @ 2:19 AM 0 comments

_____________

Comments: Post a Comment
Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com