<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8899913\x26blogName\x3dA+Piece+Of+My+Life..\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://taynet.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://taynet.blogspot.com/\x26vt\x3d-5176397620922292808', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
Friday, September 09, 2005

Gath STF9701




(i) rima dan saye atas banana boat..

(ii) di tepi pantai..(front) fizah awang n ija (back) amalia,nana,me,rima,adaa,adnazi,zazoo

(iii) di rumah yg disewa..lion, fizah awang, nana, rima, zazoo, adaa n amalia

Assalamualaikum..dah berzaman baru nak cerita pasal gath kat PD ni..best dpt jumpe kawan2 yg dah lama xjmpe n yg asyik jumpe je (lion..rima..terasa x?hehe)..apa2 pon..gath kali ni memang meriah..dalam 30 orang yg dpt dtg..insya allah..next year kita buat kat pulau memana pulak..heh..thanks to rima anggrena dasrilsyah (promote kejap..heh) sebab sudi menumpangkan diri ini..dan juga lion sbb tumpangkan kete jugak dari rumah n ke rumah.xdilupakan..alfatihah dihadiahkan buat sahabat kita, Asiyah Hananah Fakhrul Razi..semoga roh allahyarhamah dicucurkan rahmat olehNya..


+ asma'hatta @ 3:54 PM 0 comments

_____________

UKAYS - Bila Diri Disayangi

tadi merayau2 melihat blog rakan2..pastu singgah di blog encik bojol..terjumpa entry beliau ttg lagu ini..mula2 baca mcm jiwang je lirik lagu nih..tapi setelah membaca kembali..sy setuju dgn beliau yg lirik lagu ini adalah bersifat ketuhanan..saya kagum sbb ukays yg membawa lagu ini..bukan kump nasyid lain..(minta maaf ye kump ukays..xbaik su'uzzhon kan..ish3)..

tapi yang malangnya..kump nasyid di negara kita ni ada yg menyampaikan lagu2 yg liriknya boleh membawa pendengar jauh dari mengingat Allah..membawa kelekaan..lalai.. memuja-muji.. cintan-cintun..blablabla..dan seolah2 tiada beza dgn lirik2 yg dibawa oleh penyanyi2 biasa..tiada beza..mungkin berbeza sikit bila penyanyi lain membawanya dlm lagu balada..pop rock..dangdut ke apebenda lain ntah..dan mereka membawa dlm dendangan ala-ala padang pasir..lenggok2 arab..err.. atau.. sama saje sebenarnya?entahlah..

bukanlah niat utk mengutuk atau merendah2kan kump2 nasyid ini..niat mereka sudah tentu baik..utk berdakwah melalui bernasyid..dan saya kagum dgn usaha2 mereka..tapi apakah kesan nyanyian mereka kepada org2 yg mendengar?bolehkah mesej2 dakwah dlm lagu yg disampaikan menyentuh hati seseorang atau sekadar melodi2nya sahaja yg digemari?selalunya sesebuah lagu tu mmg dah dihafal dan digemari..tapi maksud disebalik lagu itu diabaikan..mesej2 yg cuba disampaikan tidak juga kesampaian..

kpd pencipta lirik..ciptalah lirik2 yg berfaedah..dan guna kaedah ini utk menyampaikan ajaran islam..kpd penyanyi..nyanyilah lagu2 yg membantu memperkenalkan islam kepada org ramai..atau lagu yg bisa menaikkan semangat jihad dan semangat cintakan islam..kpd pendengar..cubalah hayati mesej2 yg disampaikan melalui nasyid/lagu2 sebegini dan tingkatkanlah usaha dalam menambah iman dan menguatkan akidah kita..

and last but not least..bacalah lirik lagu ukays nih..sy pon xpernah dgr lagu ni sebenarnya..baru baca lirik je..

UKAYS-Bila Diri Disayangi
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang, berakhir malamku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu
Tiada batasan waktu
Tiada tempatMu tertentu
Di gunung, di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa
Keagungan kasih merubah takdir
Chorus:
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru, ku ucap namaMu
Terasa diriku kembali dipandu
Engkau yang pertama
Tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan
Engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayangMu
Ku berserah diri


+ asma'hatta @ 3:27 PM 1 comments

_____________

tiket...tiket..

dan masalah tiket datang lagi..heh..ni bukan kali pertama ada masalah ngan tiket..erm..bukan la masalah macam mana pon..cuma kesilapan dlm mengira waktu..huhu..flight dari klia ke heathrow dijadualkan pada 0900 20sept ni..dan setelah kukira2..akan sampai di heathrow dlm pukul 1500 20sept waktu heathrow..dan masalahnya timbul apabila matematikku lemah pada waktu membeli tiket dari heathrow ke cork satu ketika dulu..tiket yg dibeli di aerlingus adalah pada pukul 2215 21sept..sehari selepas tiba di heathrow..ya allah..xkan la nak kene tidur airport lagi kot..mcm mana la boleh terlewat sehari perkiraan yg dibuat dulu..ish3..maka mesyuarat tergempar dgn rakan2 serumah pon dibuat..(sbb kami semua beli tiket sama2)..huhu..dan kami pon mengambil keputusan utk menukar tiket..aerlingus pon dgn x semena2 dpt extra duit 80pd (utk 4org) dari kami..(kalau flight delay..siap la..org dah byr byk ni tau..)..syukur juga sbb Allah detikkan kat hati ni nak cek tiket flight..kalau dah smpai heathrow baru perasan..lagi la naya..n sbb masalah ni..mlm tadi baru la dapat chat dgn housemates ku..heh..dah 3bulan balik semua menyepi jek..(esp aina..hehe..no offence aa..=p)..dapat la menggila2kan diri dgn aina n nadia smlm..bape kali tah nadia nak pengsan dgn lawak aina..heh..baru chat dah nak pengsan..blom jmpe lagi..xpe2..ada hikmah la kene bayar extra 20pd sorang nih..huhu..ok..dah habis merepek pasal tiket..semoga selamat perjalanan kami ke rumah di cork nnti..amin..


+ asma'hatta @ 10:50 AM 0 comments

_____________

Thursday, September 08, 2005

CERMIN UTK MELIHAT TANDA AHLI SYURGA ATAU AHLI NERAKA

(Hrkh)-Ruangan Mauidzah-oleh TGNA

Peranan ilmu dan fadhilatnya, renunglah petunjuk berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; "Sesiapa yang dikehendaki baik (khairan) oleh Allah SWT, maka Allah akan meluaskan pengetahuannya dalam hukum-hukum agama dan akan diilhamkanNya petunjuk di dalamnya."

Hadis tersebut bukan sahaja sebagai pedoman, bahkan jadi alat pengukur untuk mengetahui secara dasarnya, sama ada seseorang itu sebagai orang yang mendapat suratan kebajikan di tangan kanan (ahlul yamin) atau orang yang mendapat suratan kejahatan di tangan kiri (ahlul syimal) di akhirat kelak.

Hadis tersebut sebagai petunjuk untuk mengetahui sama ada diri seseorang jadi agen malaikat atau agen syaitan, sama ada akan seiring dengan Nabi SAW ke syurga, atau sejalan dengan Firaun ke neraka.

Lihat dan pastikan sikap serta amalan diri sehari-hari, adakah mempunyai kecenderungan untuk membetulkan segala perbuatan dengan kehendak agama atau sebaliknya.

Jika ada usaha membetulkan perbuatan dan tutur kata dengan kehendak Islam, maka ia suatu tanda bahawa mereka sedang mendekati kepada kebajikan (khairan), seperti yang disebut dalam hadis Nabi SAW di atas itu.

Jika tiada usaha dalam sehari-hari untuk membetulkannya, malah betul atau salah tidak sedikitpun menyentuh hati, jelaslah individu itu tergolong dalam kejahatan. Justeru itu tipislah harapan di dunia ini untuk akrab dengan malaikat, dan jauhlah dari menghidu bau syurga dia akhirat kelak.

Tepuk dada sendiri tanyalah iman masing-masing, berdasarkan penjelasan hadis tersebut. Jika tinggal solat atau melakukan maksiat tidak merasa berdosa atau bersalah kepada Allah SWT, tidakkah itu bererti sedang menghampiri kawah neraka?

Sabda Rasulullah SAW itu ibarat cermin untuk umatnya melihat wajah sendiri, dengan cermin itu mereka boleh melihat sama ada dirinya bakal menjadi ahli syurga atau neraka.

Jika di hati seseorang mempunyai hasrat untuk mengkaji dan mendalami Islam, untuk membetulkan diri selaras dengan kehendak Allah SWT, mudah-mudahan hasrat itu mencerminkan bayangan dirinya sebagai ahli syurga.

Jika seseorang berhajat untuk menjadi ahli syurga, mereka perlu memahami hadis Nabi SAW itu. Mereka perlu berusaha mendampingi majlis ilmu, sanggup tinggal anak isteri kerana menghadiri kuliah agama. Hanya dengan cara itu kefahaman agamanya akan meningkat, dengan kefahaman yang tinggi itu semoga amalannya akan selaras dengan kehendak Allah SWT.

Andainya seseorang dikehendaki Allah untuk menjadi orang baik, bukan saja mereka diberi kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, juga akan diilhamkan untuk memudahkan mereka mencari jalan yang betul.

Berhubung dengan ilmu itu, Rasulullah SAW juga menegaskan melalui sabdanya yang masyhur bermaksud; "Sesungguhnya orang-orang alim (ulama) itu adalah waris para nabi-nabi."

Sesetengah orang merasa bangga jika mereka dari keturunan darah bangsawan dan seumpamanya, sayangnya kebanggaan itu sedikit pun tidak bernilai di sisi Allah SWT. Sebaliknya yang mempunyai nilai di sisi Tuhan ialah jadi pewaris para nabi.

Seseorang mungkin tidak mempunyai hubungan keturunan dengan Nabi SAW, tetapi baginda SAW memberi jaminan bahawa umatnya boleh menjadi waris para nabi sekiranya mereka menerima ajaran dan beramal dengan amalan yang ada pada Nabi SAW.

Orang yang mempunyai ilmu dan amalan seperti yang dimiliki oleh para nabi itu, tidak lain ialah para ulama. Sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud; "Sesungguhnya kami di kalangan para anbiya bila mati tidak meninggalkan dinar atau dirham, sebaliknya kami meninggalkan ilmu dan hikmah."

Dinar dan dirham tidak bernilai di sisi para anbiya, justeru itu mereka tidak meninggalkan kekayaan yang tidak bernilai kepada para warisnya, yang berharga ialah ilmu pengetahuan. Justeru yang menerima ilmu pengetahuan bersumberkan al-Quran dan sunnahnya, sama ada zuriat mereka atau sesiapa jua di kalangan umatnya, sesungguhnya itulah orang yang dikatakan waris para nabi.

Tidak kira apa jua bangsanya dan dari negeri mana asalnya, meski pun mereka hidup ribuan tahun selepas kewafatan Nabi SAW, namun apabila telah diiktiraf sebagai warisnya, kelak mereka diletakkan seiring dengan para nabi di dalam syurga.

Di dunia ini ada orang merasa bangga sebab mereka keturunan raja-raja dan seupamanya, mereka akan mewarisi takhta pemerintahan atau kedudukan yang tinggi di dalam kerajaannya.Namun tidak sama dengan kebanggaan yang dirasai oleh umat yang mewarisi ilmu pengetahuan dan hikmah, yang diakui oleh Nabi SW sebagai warisnya yang akan menikmati kebahagiaan syurga di akhirat kelak.

Semua telah maklum, bahawa tiada pangkat dan kehormatan yang lebih mulia di sisi Allah SWT selain dari pangkat nabi. Tetapi tiada lagi nabi selepas Nabi Muhammad SAW, kerana baginda adalah nabi terkahir yang diutus Tuhan ke muka bumi ini.Namun peluang yang masih terbuka kepada umat Muhammad SAW ialah untuk menjadi waris para nabi. Dalam erti kata berusaha mempelajari ilmu pengetahuan berasaskan wahyu Ilahi dan mengamalkannya, sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW.


+ asma'hatta @ 4:50 AM 0 comments

_____________

Tuesday, September 06, 2005

lalala

Assalamualaikum..wah..sedar x sedar..dah sebulan sy xupdate..hehe..sy minta maaf kepada sahabat yg xjemu2 menyuruh sy update blog sy ni..huhu..nyaris2 sy nak import penulis luar utk menulis apa2 yg patut dlm blog ni sementara menunggu sy terbuka hati nak menulis kembali..ish3..ada ke patut..hehe..bukannya sy kesuntukan masa utk menulis..tapi bak kata org..kurang rajin..hehe..

Ok..harini sy nak cerita sikit pasal wasiat..haa..kenapa dgn asma' ni? Buang tebiat ke nak ckp pasal wasiat pulak nih..heh..bukan wasiat sy yg hendak sy ceritakan..walaupun pernah sekali sy menulis wasiat..tapi biarlah wasiat itu tersimpan rapi di peti besi pejabat Fitrah Perkasa..(pengalaman menulis wasiat sungguh menginsafkan) ..kalau xpercaya..tanya la sahabat2 yg pergi predept'04 kami tahun lepas..huhu..

Wasiat..wasiat siapa yg ingin sy ceritakan kali ini? Ok..harini sy nak kongsi sedikit mengenai wasiat imam besar kita..Imam As-Syafie..

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang- terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


+ asma'hatta @ 12:42 PM 1 comments

_____________

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com