Tuesday, September 06, 2005
lalala
Assalamualaikum..wah..sedar x sedar..dah sebulan sy xupdate..hehe..sy
minta maaf kepada sahabat yg xjemu2 menyuruh sy update blog sy ni..huhu..nyaris2 sy nak import penulis luar utk menulis apa2 yg patut dlm blog ni sementara menunggu sy terbuka hati nak menulis kembali..ish3..ada ke patut..hehe..bukannya sy kesuntukan masa utk menulis..tapi bak kata org..kurang rajin..hehe..
Ok..harini sy nak cerita sikit pasal
wasiat..haa..kenapa dgn asma' ni?
Buang tebiat ke nak ckp pasal wasiat pulak nih..heh..bukan wasiat sy yg hendak sy ceritakan..walaupun pernah sekali sy menulis wasiat..tapi biarlah wasiat itu tersimpan rapi di peti besi pejabat Fitrah Perkasa..(pengalaman menulis wasiat sungguh menginsafkan) ..kalau xpercaya..tanya la sahabat2 yg pergi predept'04 kami tahun lepas..huhu..
Wasiat..wasiat siapa yg ingin sy ceritakan kali ini? Ok..harini sy nak kongsi sedikit mengenai wasiat imam besar kita..
Imam As-Syafie..
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang- terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
+ asma'hatta @ 12:42 PM
1 comments
_____________