Tuesday, October 18, 2005
Apa nak jadi la manusia zaman skrg nih..
Lelaki persalah tuhan kerana jadi jahatBUCHAREST: Seorang banduan di Romania membuat tindakan luar biasa menyaman Tuhan yang dianggapnya melanggar kontrak kerana membiarkan dia dipengaruhi unsur jahat.
Dalam aduan banduan yang dinamakan Pavel M, dia menulis, "Saya yang kini dipenjarakan selama 20 tahun di Penjara Timisoara kerana membunuh, memohon tindakan undang-undang dikenakan terhadap Tuhan, kerana melakukan jenayah berikut".Katanya, pembaptisannya ialah kontrak antara dia dan Tuhan yang sepatutnya memastikan syaitan tidak mendekatinya dan menjauhkan dia daripada masalah. Dia menambah, "Tuhan malah menuntut dan menerima banyak benda dan doa daripada saya sebagai balasan kepada pengampunan dan janji saya akan dijauhkan daripada masalah dan menikmati hidup lebih baik. Sebaliknya, saya dibiarkan jatuh ke tangan syaitan." - Agensi
+ asma'hatta @ 10:34 AM
0 comments
_____________