<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8899913\x26blogName\x3dA+Piece+Of+My+Life..\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://taynet.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://taynet.blogspot.com/\x26vt\x3d-5176397620922292808', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, July 13, 2005

ACHEH

assalamualaikum..
esok (14 july 20:05 klia) sy dan sekumpulan sahabat akan bertolak ke acheh dgn anjuran dari Yayasan Amal Msia..utk menjalankan satu misi (cewah) khidmat masyarakat utk mangsa2 tsunami yg lalu..insya allah akan pulang ke tanah air pada 21july..nampaknya tahun ni sambut hari lahir di negara org jugak akhirnya..ingatkan balik summer leh sambut kat umah..tapi kita merancang..Allah menentukan..hehe..nantikan berita acheh selepas sy pulang nanti..doakan kami selamat pergi..selamat pulang kembali ke tanah air.. dan selamat dlm meneruskan kerja2 sbg hamba Allah nih..acheh..here i come!!

p/s: iffa n hajar, nak dtg umah lepas sy balik acheh k..


+ asma'hatta @ 4:53 PM 0 comments

_____________

Friday, July 08, 2005

semoga jadi isteri solehah


Image hosted by Photobucket.com

saya xde gambar puden la..hehe..gambar kak fizah je la ye..selamat menempuh alam berumahtangga..semoga bahagia ke akhir hayat hendaknya..

Isteri Yang Solehah

Adapun orang yang beriman dengan iman yang benar, yang telah berjanji dengan Allah untuk bekerja di jalan da'wah, maka sesungguhnya dia akan beriltizam dengan Sunnah Rasulullah saw, lalu dia berikhtiar sebaik-baiknya untuk memilih isteri yang solehah, yang akan menolongnya melaksanakan tugasnya di dalam urusan da'wah Islam dan bukan merintangi aktivitinya. Isteri inilah yang akan bekerjasama dan membentuk zuriat (generasi) yang baik untuk menjadi penyejuk mata dan menggembirakan hati. Anak ini nanti yang akan memuliakan agama Allah dan membangun Daulah Islamiyah di muka bumi.

Alangkah baik dan indahnya doa hamba Ar-Rahman yang terlukis di dalam Al-Qur'an:

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al-Furqan: 74)

Oleh kerana itu, dia bersama dengan isterinya dan anak-anaknya senantiasa berada di atas jalan da'wah ini. Dia bersama keluarganya dan jamaah Islam berjalan terus di atas jalan da'wah dan menjadi qudwah hasanah, (contoh teladan yang baik). Sebagai keluarga Islam mithali (teladan) dan menjadi tiang yang teguh untuk membangun masyarakat Islam.

Kita telah melihat dalam sejarah da'wah Islam di masa lalu dan di zaman moden ini, banyak isteri-isteri solehah yang telah menunjukkan jasa-jasa yang besar dan gemilang, menjadi pembantu, penyokong dan pendorong suaminya. Contoh paling ideal dan paling istimewa dari isteri solehah ini ialah as-Sayidah Khadijah, ummul Mu'minin pertama dan utama. Sumber ummat Islam ini tidak pernah kering dari kebaikan sepanjang masa.

Dapat juga disaksikan pada zaman moden ini berapa banyak contoh dan teladan yang indah dan istimewa dari isteri-isteri Muslimah solehah, yang sabar dan tabah menanggung penderitaan bertahun-tahun bahkan berpuluh-puluh tahun berhadapan dengan berbagai bentuk gangguan, gugatan dan penyiksaan, yaitu berupa gangguan jiwa dan perasaan tatkala suami-suami mereka dipaksa masuk penjara yang gelap gulita dan penuh penyiksaan yang kejam dan sengsara. Namun isteri-isteri solehah itu menerima segala-galanya dengan redha dan gembira dengan mengharapkan keredhaan Allah, bahkan mereka tegak dan melindungi, mendidik, mengurus anak-anak mereka, dan memenuhi segala keperluan hidup mereka tanpa henti dan jemu, di samping itu mereka senantiasa menenangkan hati suami mereka.

Ada pula sebahagian dari isteri solehah itu dimasukkan ke dalam penjara yang gelap gulita dan ke dalam tahanan penuh dengan berbagai gangguan dan penyiksaan. Namun mereka tetap tabah dan bersabar serta redha menanggung yang demikian itu tanpa lari dari jalan da'wah dan tidak pernah beranjak dari jihad dan perjuangan Islam.

[Tariqud-Da'wah - Utz. Mustafa Masyhur]



+ asma'hatta @ 8:49 AM 0 comments

_____________

Thursday, July 07, 2005

Blast in London!!

tengah2 melepak di rumah..kita dikejutkan dgn berita letupan di 3 buah tube dan sebuah bas di london..terkejut juga memandangkan london tu ramai students Malaysia..rasa bimbang memikirkan keselamatan sahabat2 di sana mungkin kurang memandangkan ramai yg pulang bercuti ke Malaysia..namun kerisauan itu tetap ada..ada juga lagi student yg belum balik..harap2nya mereka semua selamat dan tidak terlibat dlm kejadian tersebut..berita terbaru yg sy dgr..seramai lebih 37org terkorban manakala ratusan lagi cedera..adakah serangan ini dilakukan kerana ketidakpuasan hati atas kemenangan kota London sbg tuan rumah Olimpik 2012?..yang mana ramai diantara kita menjangkakan kemenangan berpihak kpd kota Paris..ataukah pengganas ini sebenarnya ingin menunjukkan perasaan marah kepada pemimpin2 utama dunia yg sedang bersidang di G8 meeting?..tapi kalau nak marah kat derg baik serang scotland..eh..xdela baik serang scotland..cumenye derang bukan meeting kat london pon..erm..xtaula ape motif sebenarnye..yang pastinya sy xpaham mengapa mereka tergamak nak membunuh puluhan manusia yg tidak berdosa..(atau mungkin berdosa tapi bukan mereka yg patut menghukum)..mmg waktu yg dirancang tu adalah waktu peak hours di mana semua org tgh bergerak ke office..dilaporkan lebih 3juta manusia menggunakan khidmat underground tube ni sehari..ramai tuh..mmg target derg nak bunuh org..ish3..memandangkan xbyk lagi maklumat yg diperolehi..setakat ini dahulu laporan dari sy..bersama2 lah kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan semua umat manusia di muka bumi ini..dan semoga org2 yg buat jahat ni dibalas olehNya dgn seadil2 balasan..amin..


+ asma'hatta @ 6:21 PM 0 comments

_____________

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com