<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8899913\x26blogName\x3dA+Piece+Of+My+Life..\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://taynet.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://taynet.blogspot.com/\x26vt\x3d-5176397620922292808', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, October 25, 2005

TAKZIAH..

Perginya jantung hati kami

Oleh Ahmad Lutfi Othman, Tuesday, October 18 @ 10:17:58 MYT

Rabu, 5 Oktober, 1 Ramadhan, jam 8.15 pagi. Segalanya berhenti. Deru angin, kicau burung, juga lintasan dan angan-angan. Dengan lembut roh Nurul Syafiqah bt Siti Hawa, 11 tahun, anak kedua kami dipisahkan dari jasadnya sehingga saya, isteri dan tiga putera lainnya, Ahmad Luqman Hakim, Ahmad Ikmal Syafiq dan Umar Mukhtar menyangkanya tertidur nyenyak.

Tragedi tidak bermula Subuh awal puasa itu.

Aturan Ilahi tentang kematian kerap menyentap, mengejutkan lena, memancung cita-cita, namun punya rahsia tersembunyi, yang mungkin tidak terbongkar sampai bila-bila.

Jumaat, 30 September, 12.45 tengahari. Syafiqah telefon dari sekolah. "Akak tertinggal bas, boleh ayah ambil?" Saya terdiam, banyak kerja mesti disiapkan; artikel politik kampus untuk harakahdaily baru setengah jalan. "Akak jalan kaki, ya?" pintas Syafiqah selepas saya membatu.

Semalaman membakar pizza

"Tapi banyak barang kena bawa ni," asaknya tanpa nada mendesak. Hari itu Syafiqah 'menjamu' guru-gurunya dengan juadah pizza masakan ibunya. Semalaman dia menunggu pizza dibakar oven. Sememangnya Syafiqah suka sekali membawa makanan ke sekolah, tidak lama dulu nasi daging.

Sehingga dia mengalah, saya langsung tidak terasa apa-apa bahawa Syafiqah mulai letih dengan demam dan sakit tekak yang dideritainya. Petangnya Syafiqah telefon maklumkan dia dapat tumpang kawannya balik.

Malamnya, apabila sampai depan rumah, lambat pula Syafiqah buka pagar. "Awat lambat?" Saya merungut walaupun cahaya lampu kereta menyerlahkan muka Syafiqah yang pucat.
"Akak cari tudung."
"Malam gelap, tak ada siapa nampak," jawab kebodohan saya.
Ketika itu tidak teringat langsung bahawa Syafiqah kini cukup prihatin dengan aurat. Nak masukkan karung sampah di belakang rumah pun Syafiqah pastikan bertudung dulu.

Set nasi ayam

Sabtu, 1 Oktober, sepatutnya saya tunaikan janji dengan Syafiqah. Selepas tamat UPSR dan PSRA, dua hari sebelum itu, Syafiqah minta set nasi Ayamas.

"RM5 saja ayah. Akak teringin nak makan dengan kawan. Kami jalan kaki pun boleh." Masya-Allah, saya seolah-olah tidak mendengarnya sambil memberi jawapan tidak pasti, "esok ... esok."

Isteri saya, Siti Hawa memberitahu Syafiqah tidak selera makan malam tadi apabila saya minta izin ke KL hadiri mesyuarat penggerak demokrasi bersama Mat Sabu. Nasi goreng kampung dengan sambal belacan kegemarannya hanya ditatap, kemudian disimpan dalam peti sejuk. Saya masih tidak terasa apa-apa sedangkan takdir hanya menunggu masa.

"Ayah pi sekejap aja, sebelum tengahari selesai, nanti malam kita balik kampung," kata saya kepada Syafiqah sambil berjalan ke kereta. Raut muka cerianya seperti terlindung. Saya seakan terlupa Syafiqah anak berjiwa kental, sesekali tidak menunjukkan rasa sakit minta dimanja walaupun sememangnya sedang menderita.

Lewat petang, selepas menukar tayar kereta di Hulu Kelang, memecut laju ke asrama anak sulung kami, Luqman, di SAM 10, Cheras. Aduhai, janji dengan Syafiqah sudah luput.
"Bawa akak ke klinik, tekak makin perit," katanya, juga tanpa menunjukkan rasa sakit.

Masih sempat bermain-main

Klinik famili kami, Dr Mahyuddin Yassin tutup. Saya ke klinik sebelah, dekat Taman Sri Ampang. Semasa menunggu, Syafiqah bermain-main dengan dua anak kecil. Nampak letih tetapi tetap gembira.

Saya berbisik, "Nak balik kampung?" "Ayah baliklah dulu, akak boleh tinggal dengan nenek," balasnya.

Ketika neneknya datang malam itu, kami sudah bersiap nak balik Kedah. Syafiqah tenang saja. Kalau anak lain tentu akan merengek. Emak mentua saya akan membawanya ke hospital periksa darah, takut-takut denggi.

Dalam perjalanan kami dimaklumkan Syafiqah tidak diserang demam maut itu. Lega. Melalui SMS, dan itu kali pertama Syafiqah menggunakannya, dia bertanya, "ayah di mana?" Sambil melintasi Taiping, saya menjawab. Selang beberapa lama nada SMS berbunyi, juga dari Syafiqah, soalan sama, di samping memberitahu dia muntah.

5 pagi, kami sampai di Kampung Raja, Kubang Pasu. Saya maklumkan kepada Syafiqah. Kemudiannya kami diberitahu Syafiqah malam itu asyik sembang dengan neneknya, maklumkan kandungan SMS.

Ahad, pagi ke petang (begitu juga Isnin) temujanji saya padat di Alor Setar, Syafiqah terus SMS. "Mulut akak pahit, nak buat macamana." Saya menjawab, dan Syafiqah bertanya hal lain pula. Sehingga malam baru saya sedari SMS tadi rupanya "gagal dihantar". Ya Allah, rupanya Syafiqah terus menunggu dan menunggu ...

Selasa pagi kami berangkat pulang. Walaupun jangkanya dapat bertolak sebelum jam 10, tapi disebabkan singgah banyak rumah saudara-mara, itu pun tidak sempat menziarahi pusara bonda Aisyah (sesuatu yang tidak pernah saya tinggalkan jika balik kampung), menjelang 1 tengahari baru kami keluar ke Pekan Tunjang, seterusnya ke Lebuhraya Utara Selatan.

Di rumah neneknya, Syafiqah makin lemah tidak berselera makan, dan asyik menyebut nama ayah dan ibunya. Tapi bicaranya tetap ramah, suaranya masih bertenaga. Kami solat Maghrib di R&R Sg Buloh. Syafiqah desak saya jemput. Sekali lagi, ayah yang tidak mengerti perasaan anak di hujung usia itu, minta tangguh esoknya, atas alasan letih.

Celoteh bersama Luqman

Syafiqah berkeras. Dia menggesa nenek dan pamannya hantar segera ke Bukit Ampang. Ketika Syafiqah tiba, saya keletihan di katil. Namun terdengar juga celotehnya dengan Luqman. Dia bercerita tentang bagaimana darahnya diperiksa. Saya dimaklumkan kemudiannya, Luqman pun tidak memberikan respons sewajarnya, juga kerana letih dan mengantuk.

Awal pagi terdengar Syafiqah asyik masuk keluar bilik air, muntah. Ibunya berlari-lari anak menyantuni, antara Syafiqah dan adik kecilnya, Nurin Afifah, 2 tahun, yang juga terbatuk-batuk. Setengah jam sebelum Subuh kami sekeluarga di meja makan, bersahur, termasuk Syafiqah.

"Fiqah tak payah posalah," kata saya. Ampun Tuhan, suara suara agak tinggi minta Syafiqah kembali tidur dan berehat, kebetulan kerusi di meja makan tidak cukup untuk semua kami.

7.45 pagi, 1 Ramadhan, isteri mengejutkan lena saya. Syafiqah menjerit: "Ibu, sakit! Ibu, sakit! Dari atas saya mendengar suara Syafiqah cukup kuat, tidak pernah dia menjerit selantang itu.

Melihat keadaannya, jantung saya berdegup kencang. Taqdir makin dekat. Tahu ibunya menyidai basuhan, Syafiqah bersuara, agak perlahan: "Dahlah ibu, suruh abang sidai kain, akak sakit ni."

Kuatnya semangat Syafiqah

Tapi bicara Syafiqah masih jelas, dia sendiri minta ke hospital. Saya renung matanya, langsung tidak berair, maknanya dia hanya menjerit bukan menangis. Ya Allah, kuatnya semangat anakku ini. Sememangnya sejak malam tadi saya berkira untuk ke hospital pagi-pagi esoknya.

Namun, saya dan Siti langsung tidak terlintas Syafiqah akan berangkat ke alam lain, meninggalkan fitnah dunia. Rupanya Siti sudah memandi dan membersihkan tubuhnya.
"Bagai bayi saya mandikan Syafiqah, cuci rambutnya. Nampak kakinya kuning, tubuhnya sejuk, tapi langsung tidak terbayang dia mahu pergi selamanya," cerita Siti kemudiannya kepada kawan-kawan yang menziarahi.

8.00 pagi. Suara Syafiqah tetap jelas bila meminta saya memapahnya keluar dari bilik solat. Bersama Siti, saya menuntunnya ke ruang tengah. Selepas didudukkan, saya perhatikan wajahnya seolah-olah tanpa darah. Ketika itu baru lintasan hati mengilhamkan sesuatu yang pedih dan perit.

Syafiqah masih sempat minta saya papahnya ke kerusi panjang di depannya, mungkin dia mahu berbaring. Saya cuba mengangkatnya tapi tidak terdaya, Syafiqah terasa berat.

Semasa sibuk mengemas untuk ke Hospital Ampang Puteri - 4 km dari rumah kami - saya, Siti dan anak-anak terpandang Syafiqah seperti menarik nafas panjang, dua kali. Lehernya terlentok.

Subhanallah, janji Allah sudah sampai. Mata saya dan Siti berpandangan, namun kami tidak sempat memberi reaksi lain kecuali mempercepatkan Syafiqah ke hospital.

Terasa hangat

Hati saya berkata-kata sambil cuba menatang tubuh Syafiqah yang masih terasa hangatnya. Selepas menghidupkan enjin kereta saya memanggil jiran sebelah, William, sama-sama mengangkat Syafiqah.

Berkali-kali namanya dipanggil. Syafiqah nampak seperti nyenyak tidur. Dalam kelam-kabut itu saya pandangan saya letak ke wajah Siti, ibu yang mengandungkan Syafiqah dan Syafiqah membesar di depannya sehingga menginjak usia 11 tahun.

Harapan ibu tetap tinggi. Sambil memangkunya di kerusi belakang, Siti tidak putus-putus menyebut nama Allah. Air mata tidak sempat tumpah lagi. Tumpuan saya ke arah jalan raya yang sibuk pagi itu. Perjalanan ke hospital terasa begitu aneh, kiri kanan jalan seperti sunyi sepi. Degupan jantung kuat sekali.

Tangan kanan memegang stereng, tangan kiri menjamah tubuh Syafiqah. "Panas lagi," harap Siti walaupun menyedari tiada apa yang bergerak di tubuh Syafiqah.

Mulut saya terkunci. Mata terasa panas. Bergenang air mata Siti tapi harapannya tidak pudar.
Saya memberhentikan kereta di lobi kecemasan. Hon dibunyikan bertalu-talu. Melihatkan reaksi awal kakitangan hospital ketika mereka mengangkat tubuh Syafiqah, jawapannya jelas dan pasti. Syafiqah sudah pergi meninggalkan kami.

Ketika saya memimpin Nurin dari kawasan letak kereta, dan Siti sedang menemani Syafiqah, saya belum dimaklumkan secara rasmi tentang kehilangan jantung hati kami itu.
Namun berat sekali kaki diheret menaiki tangga. Saya mendukung Nurin sambil menciumnya: "Kakak dah tak ada Nurin."

Sebaik melangkah masuk hospital, saya nampak Siti sedang mengisi keterangan peribdi Syafiqah. Saya dengar hampir semua maklumat penting Syafiqah yang diberikannya salah.

Ketara pucat

Siti menoleh ke arah saya, wajahnya tenang walaupun ketara pucat. Saya tidak perlu bertanya lagi. "Fiqah dah tak ada, bang," getar suaranya jelas.

Berdepan jasad kaku Syafiqah, terlintas, bagaimana sewaktu tiga tahun saya menderita sakit misteri, terlantar di rumah, tidak mampu bekerja, saya sering terhibur dengan celotehnya, gurau manjanya, malah puas terasa bila dia mengurut lenguh badan. Kerap dia teresak-esak menangis bila melihat saya mengerang kesakitan.

Tapi, ya Allah, apabila dia menderita sakit, saya tiada di sisi, malah tidak pun sempat melayannya dengan baik, dan banyak janji tidak tertunai, walaupun sekadar nasi Ayamas yang selalu disebutnya.

Air mata mula tumpah dan hingga kini, selepas seminggu, air mata itu belum mahu kering lagi. Al-Fatehah. - UM

p/s: AlFatihah dihadiahkan kepada ruh adik syafiqah..semoga Allah menempatkan ruhnya di dalam golongan org2 yg beriman..dah didoakan agar pakcik Ahmad Lutfi sekeluarga redha dan sabar dalam menempuhi dugaan ilahi ini..(menurut emak yg sempat menziarahi keluarga adik Syafiqah, beliau meninggal dunia kerana demam denggi..)

p/s: Takziah juga diucapkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi atas pemergian isteri yg disayangi, Datin Seri Endon Binti Mahmood..semoga ruh allahyarhamah dicucuri rahmat..


+ asma'hatta @ 12:16 PM 0 comments

_____________

Thursday, October 20, 2005


miss them so much!! huhu


+ asma'hatta @ 1:48 AM 2 comments

_____________

..homesick..huhuhu..

homesick..huhu..
rindu mak..
rindu ayah..
rindu mirah..
rindu akim..
rindu semorg..huhu

(mimpi rumah la plak mlm tadi..huhu)..
what a bad thing to start a day with..

Ya Allah ya Tuhanku..berikanlah daku kesabaran dan ketenangan.. ubatilah kerinduanku ini ya Allah.. dan tambahkanlah kerinduanku terhadapMu..Engkaulah yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk diriku..amin ya rabbal'alamin...


+ asma'hatta @ 12:14 AM 0 comments

_____________

Tuesday, October 18, 2005

Apa nak jadi la manusia zaman skrg nih..

Lelaki persalah tuhan kerana jadi jahat

BUCHAREST: Seorang banduan di Romania membuat tindakan luar biasa menyaman Tuhan yang dianggapnya melanggar kontrak kerana membiarkan dia dipengaruhi unsur jahat.

Dalam aduan banduan yang dinamakan Pavel M, dia menulis, "Saya yang kini dipenjarakan selama 20 tahun di Penjara Timisoara kerana membunuh, memohon tindakan undang-undang dikenakan terhadap Tuhan, kerana melakukan jenayah berikut".


Katanya, pembaptisannya ialah kontrak antara dia dan Tuhan yang sepatutnya memastikan syaitan tidak mendekatinya dan menjauhkan dia daripada masalah. Dia menambah, "Tuhan malah menuntut dan menerima banyak benda dan doa daripada saya sebagai balasan kepada pengampunan dan janji saya akan dijauhkan daripada masalah dan menikmati hidup lebih baik. Sebaliknya, saya dibiarkan jatuh ke tangan syaitan." - Agensi


+ asma'hatta @ 10:34 AM 0 comments

_____________

Friday, October 14, 2005

email

hehe..wah..happy semacam sy harini..sbb td baru dpt email dari emak..tersengih sorang2 kat depan computer dekat uni tadi..

the last few paraghraphs of the email...

hakim puasa, mirah puasa tapi lembek layu bila petang2. mesti makan bersuap pagi-pagi kalau tidak makannya sikit sangat. mak kasi upah kalau boleh tahan puasa, hakim kata dia puasa kerana Allah!!!, bestnya dengar, tapi upah ambil juga.

esok atau malam ni ayah & dr Zul akan ke Pakistan bawa bantuan. kumpulan medic sepatutnya gi semalam tapi ada dr yang belum dapat visa , so mungkin menyusul hari berikutnya. Doakan ayah dan kumpulannya selamat dan dapat membantu mereka yang amat memerlukan bantuan disana. semoga Allah selamatkan mangsa bencana yang amat dahsyat ini.

salam sayang dari mak

kesimpulan:

1. Budak2 ni mudah dibentuk kalau dididik dari kecil..hati mereka masih bersih..xde dosa..jeles nye kat anak2 kecil yg innocent dan suci nih..huhu..

2. Sy harap agar semua sahabat2 dapat mendoakan keselamatan ayah sy di sana..dan juga keselamatan semua umat islam di muka bumi ini..tadi baca berita..ada petugas kena belasah dgn penduduk2 yg dah lama menunggu bantuan..kesian.xtau nak kesian kat sape...dua2 la kot..so harapnya mangsa2 yg terlibat dianugerahkan kesabaran yg tinggi menghadapi ujian ini..dan semua petugas2 dan sukarelawan dpt membantu mereka yg memerlukan dgn baik..insya allah..


+ asma'hatta @ 6:07 PM 0 comments

_____________

Monday, October 10, 2005

kembali lagi

recently, sy call umah..mak bgtau akim dpt no2..dia dpt 70something in one of his subject..pelik jugak la..coz slalu balik rumah ngan berderet2 100%..(budak darjah satu..biasala..)..then dia cerita kat mak knape satu paper tu dia dpt rendah...dia dah siap dah jawab soklan2 dlm paper tu..then dtg kawan dia-nama dirahsiakan.. (mcmmana la bleh jln2 masa exam ek)..kawan dia ckp xyah jawab soklan kat page tu..then akim dgn jujurnya pergi percaya ckp kawan dia..n padam la semua jawapan2 dia..(nampak la kesan dia padam jwpn tu..betul plak tu jawapan2 tu..huhu)..maka.dia pon dapat la 70..hehe..kesian akim..tp dia sounds happy je..hehe..then borak ngan dia..

adik: nape xdpt no 1..akim main2 ke?akim blaja x?
akim: akim dah work very very very hard
adik: dah tu.. nape xdpt no1?
akim: xpela dpt no bape2 pon..allah dah tau dah akim dpt no bape
adik: kalau akim pandai mesti dpt no 1 <--saje nak test tahap keredhaannyer..
akim: xsemestinya...

alhamdulillah..dia paham kot konsep qada' dan qadar..kirenye dah lepas la bab qada' n qadar dlm muqaddimah tafsir fizilal..hehe..akak dia yg besar nih pon kene diingatkan byk2 kali pasal benda nih..
pengajaran: Allah Maha Mengetahui apa yg akan terjadi pada diri kita..kita hanya perlu berusaha dan hanya Allah yg layak tetapkan apa yg terbaik utk kita..

adik: akim puasa x ni?
akim: puasa..mestila..
adik: penat x?
akim: penat sgt..akim rasa nak pengsan..nak mati..dah lembik dah..
adik: hehehe..sabor..sabor..
kepada hakim..puasa penuh2 k..adik xjanji nak kasi ape2 kalau akim puasa penuh..coz adik tau akim puasa sbb Allah suruh..kan?kan?nnti Allah kasi adiah paling best utk hakim..good boy!

kepada semua pembaca yg budiman..(cewah)..diharap belum terlewat utk sy ucapkan selamat berpuasa dan semoga kita dapat menambahkan ibadah kita dlm bulan Ramadhan yg mulia ini..

p/s: kpd akak n abg farid..nak bagi tips..kalau nak call rumah n nak ckp ngan akim..call lepas sahur..dia sure tgh melukis dgn segar bugar..jgn call b4 bukak puasa.. dia dah lembik sgt dah masa tu..hehe..n lagi satu..kalau nak borak pjg lebar..ckp la pasal nak beli robot utk dia..sure dia xkasi phone tu kat org lain..(it works!!hehe)


+ asma'hatta @ 3:50 PM 0 comments

_____________

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com