Tuesday, January 24, 2006
PEMURNIAN SEJARAH
Assalamualaikum..
Semalam sy sempat mendengar kuliah sirah online oleh seorang ustaz (sy terlupa nama beliau). Beliau menceritakan kisah
penghijrahan nabi dan penduduk Mekah ke Madinah. Mungkin ramai antara kita yang arif tentang kisah hijrah ini. Antara isi penting yg kita ketahui adalah:
1) Nabi berhijrah bersama-sama Saidina Abu Bakar pada waktu malam.
2) Baginda meminta Saidina Ali menggantikan baginda di tempat pembaringannya.
3) Baginda membaling pasir ke kepala org2 musyrikin yg berkumpul di luar rumah baginda sambil membaca ayat 9 dalam Surah Yasin.
Ini antara point2 penting yg sering kita dengar mengenai peristiwa hijrah ini.
Tujuan sy menulis kali ini bukan utk menceritakan peristiwa besar penghijrahan Nabi Muhammad SAW itu tetapi sy terpanggil utk menulis apabila seorang sahabat sy
mengatakan bahawa kisah hijrah yg kita belajar dan baca daripada buku2 skrg ini adalah kurang tepat.
Hmm?
Apakah?
Kurang tepat?
Apa yg salahnya?Beliau pun menceritakan serba sedikit ttg perbezaan antara kisah yg dicatat oleh Ibnu Ishaq (versi yg kita biasa baca) dan kisah mengikut Riwayat Bukhari. Memang terdapat perbezaan. (sila baca di
sini). Sy xberani nak komen apa2 tentang perkara ini kerana sy bukanlah org yg arif dlm bidang ini.
Rasulullah pernah bersabda, maksudnya
"Kamu lebih tahu tentang urusan duniamu".. Jadi sy pun kurang pasti apa yg patut dilakukan oleh sy sebagai seorang insan biasa terhadap perbezaan sirah ini. Mungkin ada sahabat diluar sana yg boleh memberi cadangan, amat dialu2kan.
Apa2 pun, yg sy pasti,
pengajaran daripada peristiwa hijrah ini yg lebih penting utk dihayati oleh kita sbg seorang islam.
Pengorbanan kaum
muhajirin meninggalkan harta benda, rumah, tanah2 ladang, tanah air dan kesenangan yg mereka ada amat besar kesannya kepada kita. Untuk kita bersedekah kpd orang miskin pon kita sgt2 berkira, inikan pula hendak meninggalkan harta2 sementara yg Allah pinjamkan kpd kita. Bila sedekah, selalunya duit2 syiling juga yg kita korek dari dlm wallet kita. Duit2 yg berat itu juga yg kita hulurkan. Alangkah berbezanya kita dengan mereka..
Begitu juga pengorbanan kaum
Ansar di Madinah yg sanggup menghulurkan bantuan kpd kaum Muhajirin ini.
Ukhuwah atas dasar aqidah ini memang memberi kemanisan kpd mereka yg merasai. Tidak ada perasaan berkira atau hasad dengki dgn saudara seaqidah disebabkan kasih sayang kerana Allah ini amat tinggi nilai dan darjatnya.
Kawan2, marilah kita sama2 berdoa agar persaudaraan dan silaturrahim yg kita jalinkan selama ini didasarkan atas aqidah yg satu dan bukan kerana yg lain daripadanya. Ukhuwah fillah abadan abada..insya allah..
p/s: Sy xdpt nk ulas panjang2 sbb badan sy ni dari tadi dah meminta2 utk direhatkan. Mata sy pun dah merajuk sbb tidak ditidurkan. Otak pon dah memanggil2 utk disihatkan. Jadi, wajiblah bg sy memenuhi
hak badan sy ini memandangkan badan ini bukan milik sy. Allah kasi pinjam je. So, kenelah dijaga elok2. Macam org selalu kata, jgn buat mcm harta benda sendiri. Huhu..ok2. Jika dipanjangkan usia..bertemu lagi insya Allah. Wassalam
+ asma'hatta @ 12:56 AM
0 comments
_____________