Lama betul sy nak mulakan menaip di blog nih. Dah taip panjang2, padam balik sbb rasa terlalu skema. Pastu taip balik, rasa santai sgt pulak.hehe.Entah ke mana hilangnya idea2 menulis. Tgk tarikh last entry pon, dah berbulan yg lalu.Hehe. Mula2 malas nak menulis sbb xde internet kat rumah.Ni baru ada dalam 2minggu internet kat rumah ini. Baru la nak memulakan kembali kerja2 penulisan ni. Insya allah diberi kerajinan dan masa utk menulis.
FESYEN..
Insya allah hari ni sy nak sentuh sikit tentang fesyen.(hah..sejak bile pulak berminat dgn fesyen si asma' nih?)..hehe. Jgn risau..sy cuma nak bincang cara kita berpakaian sekarang ni. C
FESYEN UTK MENUNJUK2??
Ramai di antara kita yg berpakaian mengikut fesyen tertentu kerana tidak mahu ketinggalan zaman. Tidak mahu dikatakan "old-fashion" or "bad taste" pasal fesyen. Ini menunjukkan kita tidak memahami asas sebenar kita berpakaian atau asas dlm melakukan sesuatu perkara. Ramai yg berpakaian utk menunjuk2 kepada org lain, bukan utk mendapat keredhaan Allah. Ini seolah2 keredhaan manusia yg lebih ditekankan dlm kehidupan seharian. Sebenarnya kita telah memalukan diri kita sendiri kerana sgt mudah utk menurut kehendak dan pandangan manusia. Kalau hari ini seluar jeans menjadi trend, kita pon ikut memakai seluar jeans. Kalau esok memakai skirt pula yg menjadi fesyen terkini, bergegaslah kita ke kedai membeli skirt. Apb lusa fesyen terkini adalah memakai baju kurung, terkejar2lah kita menjahit baju kurung. Semua kerana tidak mahu ketinggalan zaman. Alangkah rugi dan hinanya kita jika kita bersikap demikian..
HAMBA SIAPAKAH KITA INI??
Allah menjadikan manusia bukan utk menjadi hamba kepada manusia, tetapi menjadi hamba hanya kpd Allah. Memanglah rendah martabat kita jika kita menjadi hamba kpd hamba Allah. Sudahlah darjat kita dijatuhkan, keredhaan Allah tidak dpt pula kita perolehi. Sekiranya redha manusia yg kita kejar2kan, jika kemuliaan drp manusia yg kita inginkan, maka redha manusia sahajalah yg kita perolehi. Akan mulialah kita pada pandangan manusia. Tetapi jika redha Allah yg kita cari dan kemuliaan Allah yg kita harapkan, nescaya redha Allah akan menjadi milik kita dan sekaligus redha manusia akan dpt kita perolehi. Akan mulialah kita di sisi Allah dan di sisi manusia. Jadi, siapakah yg beruntung di antara mereka?? Dan golongan manakah yg ingin kita sertai??
AYAH..ANAK DAN KELDAI..
Ingat lagi tak kisah seorang ayah, anak dan seekor keldai? Ayah dan anak ini membawa keldai mereka dari satu kg ke kg yg lain. Di kg A, penduduk di situ berkata, "mengapa dibiar si ayah yg tua berjalan?tungganglah keldai itu", maka ayah itu pon naiklah ke atas keldai. Smpai ke kg B, berkata pula penduduk di situ, "kasihan si anak..dibiar berjalan..tungganglah keldai itu juga." Maka si anak pon tungganglah keldai bersama ayahnya. Di kg C pula, mereka berkata, "kejamnya kamu menunggang keldai ini..sepatutnya kamu yg mendukung keldai ini". Mereka pon turun dari keldai itu dan mereka pula yg mendukung keldai ini.(abis cerita..)YaAllah. Kelakar betul pakcik dan anaknya ni. Sanggup mereka mendukung keldai tu sbb nak ikut kata2 org kg tu. Ya. Memang kelakar dan boleh dikatakan kurang akal kerana menurut sahaja kehendak org2 di kg2 tu. Tetapi apa bezanya kita sekarang? Sedar x sedar kita pon lebih kurang macam pakcik dan anaknya tu juga. Buat sesuatu mengikut apa yg elok dari pandangan orang. Sepatutnya kita mendahulukan pandangan Allah ke atas diri kita kerana Allah yg mencipta kita. Allah tau fesyen yg terbaik utk diri kita. Allah dah tetapkan cara bagaimana kita nak berpakaian. Fesyen yg x akan berubah2 mengikut masa..
BEAUTY OF THE HEART..
Jika hati kita merasai hubungan dgn kalimah Lailahaillallah dan memahami kecantikan adalah dari Allah, kita sepatutnye manifest the beauty accordingly. Allah loves the beauty of the heart. Jika hati kita cantik, kecantikan itu akan terpancar keluar. Keindahan akan terlihat di wajah kita. Org yg melihat kita pon akan menjadi tenang. Tetapi jika keindahan dan kecantikan luaran yg kita pentingkan, kecantikan itu tidak akan smpai ke dalam hati kita. Hati kita akan menjadi kotor dan berpenyakit. Penyakit hati itu pula akan berjangkit ke wajah kita dan berjangkit ke fizikal kita. Dan akan hilanglah cahaya keimanan dari wajah kita (nauzubillahiminzalik) serta bermulalah kejahatan yg akan dilakukan oleh pancaindera kita. Jadi marilah kita sama2 mengindahkan hati kita dan tetapkan diri kita dan niat kita utk melakukan sesuatu perkara hanya kerana Allah dan hanya mengharapkan redha Allah SWT. Fesyen ini hanya cth kecil sahaja yg sy sentuh pada entry ini. Perkara2 lain spt ibadah dan muamalat dlm kehidupan seharian kita pon perlu dilakukan atas dasar semata-mata mengharapkan redha Allah..
So kawan2, be firm to stand as a muslim. Not as a slave of other slaves. Insya allah, we'll be on the right path.