Thursday, January 19, 2006
~tinggal sedetik~
SELAMAT HARI LAHIR..
19/1/91 – cantik kombinasi tarikh nih..satu sembilan satu sembilan satu..hehe..and di tarikh keramat inilah sy mendapat seorang lagi adik..yg masa tu comel la..sekarang tidak lagi..(hensem kot..hehe
<--promote..promote..)..apa yg cuba disampaikan di sini adalah..saya nak mengucapkan selamat hari lahir kepada adik sy yg dah besar..
Ahmad Kamil bin Mohd Hatta..semoga ditingkatkan iman..dimurahkan rezeki..dipanjangkan usia..dan besar harapan keluarga agar Kamil menjadi seorang hafiz..insya allah..belajar molek-molek deh..
TERIMA KASIH..
Sekarang ni byk sahabat2 yg rajin menghantar hadis2,ayat2 Quran thru YM. Nak ucap terima kasih byk2lah kpd sahabat2 sy ni kerana xjemu2 dan x lokek utk berkongsi ilmu. Jazakumullahu khairan kathira :) Dengan teknologi yang canggih sekarang ini, this is one of the easiest way utk kita berdakwah kpd sahabat2 kita. Even kat status YM or MSN Msgr pon kita boleh letak ayat2 yang boleh menambah iman dan amal. Mungkin bagi kita status yg kita letak tu x memberi kesan yg mendalam pon..tapi bagi orang lain, insya allah ia mungkin boleh memberi kesedaran kpd diri mereka..mungkin daripada status kita itu lah yang terkesan di hati mereka..free2 je kita pon dapat pahala..alhamdulillah..p/s: lepas ni kita tulis status message yg bermanfaat ye kawan2, insya allah..
Dalam AlQuran pon Allah ada memberi petunjuk utk berdakwah kepada Nabi Muhammad SAW, maksudnya
"Dan bacakanlah apa yang diwahyukan kepadamu, iaitu kitab TuhanMu (AlQuran). Tidak ada (seorang pun) yang dapat mengubah kalimat2Nya. Dan kamu tidak akan dapat menemukan tempat berlindung selain dariNya" (AlKahf:27) . Dalam ayat ini Allah mengajar kita supaya menyampaikan kepada org lain apa yg terkandung di dalam kitab Allah. Dalam kitab Allah tu kan lengkap dengan semua perkara. So maksudnya apa sahaja ilmu yang kita ada..kena kita sampaikan kepada orang lain selagi mana ia tidak bertentangan dengan syari'at islam.
Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, yang antara lain maksudnya
, "Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat".. so kat sini..kesimpulannya..jgn kedekut ilmu. Kena sentiasa rasa sayang kat sahabat2 kita..kita nak mereka tahu apa yang kita tahu. Kita xnak masa hari akhirat nanti..sahabat2 ini menuntut daripada kita kerana kita tidak menyampaikan ilmu (esp ilmu agama) kepada mereka. Nauzubillah. Di hari pembalasan nanti, amal2 sebeginilah yang kita dahaga2kan..dan pada masa tu, kita tidak dapat lagi berbuat apa2 melainkan menerima pembalasan daripada Allah..
Tapi skrg ni insya allah masih ada masa lagi utk kita membuat kebaikan..utk kita gunakan tenaga kita ke jalan Allah dan utk kita pastikan segala titik peluh kita hanya kerana Dia.. kesimpulannya..(berapa kali kesimpulan daa..hehe)..Kawan2..janganlah ditunggu esok hari..usahlah ditangguh satu jam lagi..malah jgn diharap walau 5minit lagi..kerana mungkin ajal kita akan tiba sesaat nanti..dan tatkala itu..semuanya sudah terlalu lambat..
+ asma'hatta @ 8:25 PM
4 comments
_____________