Menteri nasihatkan pemimpin jangan guna bahasa kesat
BANGI 28 April - Pemimpin-pemimpin disarankan supaya mengelak daripada menggunakan bahasa kesat terutama apabila menghadiri acara yang mendapat liputan media.
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, ini bagi menggelakkan pihak media daripada menyiarkan laporan-laporan berhubung penggunaan bahasa kesat oleh golongan pemimpin.
"Pemimpin jika mengeluarkan kata-kata kesat akan lebih lama dikenang orang daripada orang biasa," katanya ketika diminta mengulas mengenai kelantangan pemimpin rakyat berbahas sehingga menggunakan kata-kata kesat bertentangan dengan Kempen Budi Bahasa yang sedang ditekankan kerajaan.
p/s : kawan2..doakan sy berjaya dlm exam final ni ye..(2/5 - 17/5)..Ya Allah..kurniakan daku hikmah..ameen..