Wednesday, October 29, 2008
baiklah..saya tak tukar
abang kata saya tak perlu tukar nada tulisan saya..jadi, saya nak tulis macam mana ye? ini mesti akibat membaca blog
abg khairil . kami adik-beradik. jadi, mungkin
genetic kot.
atau sebab saya baru membaca blog
saifulislam yang menegur penulisan orang sekarang yang banyak singkatan dan ketidakfahamannya. mungkin ada benarnya. mungkin sebab itu saya jadi begini. tapi mungkin tidak kekal lama.
blog adik
gadis reformasi pun nada tulisannya lebih kurang sama. saya rajin membaca blog adinda ini. semangat sungguh beliau dalam menegakkan kebenaran. kasihan beliau sekarang terpaksa berjauhan dengan bonda tercinta. harap bersabar ye dik. sebentar sahaja lagi =)
saya rajin membaca blog orang lain. tetapi saya malas menulis di blog sendiri. sampai saya terlupa saya mempunyai blog. akhir-akhir ini baru saya teringat kembali. kasihan encik blog ini. dilupakan dek puan punya nya. apa-apa pun, saya telah menulis dua kali hari ini. cukup lah dahulu.
saya
wilton, cork
Labels: abang, blogging
+ asma'hatta @ 8:01 PM
0 comments
_____________