Wednesday, October 29, 2008
blogging
ramai kawan-kawan yang baru terlibat dalam dunia blog. diri ini pula sudah lama menyepi dari kerja-kerja blogging ini. rakan-rakan lain juga ada yang sudah "pencen". masing-masing sibuk barangkali.
tetapi di cork ini lain pula ceritanya. rumah-rumah orang malaysia berebut membuat blog masing-masing. yang paling awal ku tahu adalah rumah maxol. tapi ahli-ahlinya sudah berpindah ke rumah lain. aku dan suami antara ahli rumah ini dulu. tapi aku tak pernah tulis dalam blog itu memandangkan aku ini penyegan (baca: malu dan malas). sekarang blog rumah maxol sudah berpindah tangan ke rumah baru.
the chimes namanya. rumah
75 dan
63 pun terlibat sama.
dan berita yang paling menarik adalah..
suamiku pun sudah mula berjinak-jinak dalam dunia blogging ini! selamat berjaya diucapkan kepada suamiku. isterinya ini sudah lesu. hehe. mungkin akan segar kembali mengisi blog ini selepas ini. mendapat tempias dari suami tersayang. mungkin. kita tunggu dan lihat.
p/s: wah.nada tulisan ku amat berbeza sekali sekarang. pelik pula rasanya menulis sekarang ini.
Labels: abang, blogging
+ asma'hatta @ 7:34 PM
0 comments
_____________