<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8899913\x26blogName\x3dA+Piece+Of+My+Life..\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://taynet.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://taynet.blogspot.com/\x26vt\x3d-5176397620922292808', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Sunday, February 22, 2009

Merindui keluarga

Assalamualaikum..

Sekarang ini aku amat seronok sbb adik-beradikku mempunyai blog masing-masing (Abang, Atikah dan Kamil je la. Akak kedekut sikit. Tak bagi kami baca blog dia. hehe). Bila dah duduk berjauhan dengan keluarga ni, susah nak dengar cerita dari semua orang. Kalau telefon rumah, selalunya mesti berborak dengan Emak atau Amirah je (sebab mereka je yang rajin melayan kerenah dan cerita-cerita aku). Hakim pula kadang-kadang je dia nak berborak, kalau tengah in mood. Kalau nak berborak dengan Ayah, mesti kena call handphone beliau. Baru dapat cakap dgn Ayah. Sebab jarang dapat catch ayah masa Ayah kat rumah.

Pernah masa tingkatan 3 dulu, di Sekolah Tun Fatimah masa tu. Aku rindu sangat dekat ayah. Jadi aku pon dail nombor handphone ayah kat phonebooth tu. Aku ingat mesti Ayah tengah ceramah atau mesyuarat kat mana-mana. Bila Ayah angkat telefon, benda pertama yang mesti aku tanya adalah "Ayah kat mana ni?". Masa haritu, Ayah jawab Ayah tengah kat London. Mak aih. Jauhnya. Mujur aku tidak telefon ke rumah. Tak sangka pulak boleh telefon orang London dari phonebooth buruk tu. hehe.

Apa-apa pun, aku ada hobi baru tiap-tiap hari. Membaca perkembangan terkini adik-beradikku dari blog mereka. Sepupu ku ada juga yang mempunyai blog. Jadi sedikit sebanyak tidaklah aku ni ketinggalan sangat dengan perkembangan keluarga di Malaysia tu.

Bila duduk berjauhan, baru terasa kehilangan.
Bila tidak didepan mata, baru terasa cinta.
Bila lama tak bertemu, baru terasa rindu.

Nak buat macam mana, dah nama pon adik-beradik. Nak bergaduh pon dengan mereka lah. Nak bertepuk tampar pon dengan mereka lah. Nak membuli pon dengan mereka lah (betul tak Kamil aka Major Payne??). Nak rindu dan sayang pon dengan mereka lah juga. Jadi itu je la luahan hati ni. Rindu sebenarnya kat mereka ini. Tapi segan nak melafaz rindu, malu nak melafaz sayang. Biar doa dariku untuk mereka yang menjadi buktinya. (bukan hadiah dan material ye wahai korang.hehe)

p/s : Pembetulan - Darwisy Fakhrullah..not Darwish..and tahniah buat Kak Feeza atas kelahiran puteri yang kedua..Ainin Nursyaireen Mohd Syafawi..


+ asma'hatta @ 8:32 PM 3 comments

_____________

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com